“LMK Dah Jadi Bilal, Boleh TengOk…” – Neelofa Berseloroh, Netizen Terubat Rindu Dengar Gelak Tawa Ameera Khan – Lubuk Viral

‘Kehilangan’ Ameera Khan iaitu adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa sehingga kini masih menjadi tanda tanya peminatnya yang secara tiba-tiba menyepi daripada media sosial.

Ameera bukan sahaja memadam semua gambar dan video di Instagram, malah turut tidak berkongsi sebarang perkembangan terkini mengenai dirinya.

Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram Story, Neelofa memuat naik foto Ameera dari belakang serta sempat memerli seperti anaknya, Muhammad Bilal kerana hanya boleh dilihat dari tepi.

“LMK (Little Miss Khan), dah macam Bilal… tengok sipi-sipi je boleh ok,” tulisnya dalam foto tersebut.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di TikTok, tular sebuah video suntingan dari TikTok live Neelofa yang dimuat naik oleh peminat selebriti ini.

Video tersebut memaparkan Neelofa bersama adiknya, Athisha Khan serta ibu mereka, Datin Noor Kartini sedang melayan peminat mereka yang bertanya mengenai keberadaan Ameera.

“LMK ada dekat depan, dia ganti Bilal sekarang. Baby (panggilan Ameera) cuba cakap sesuatu,” ujar Neelofa.

“Hello, apa khabar semua,” kata Ameera.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gurauan Neelofa pada adiknya serta ramai dalam kalangan netizen juga suka mendengar gelak tawa adik-beradik.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/