Yusuf Selalu Usung Zizi ke Lokasi, Sekali Ada Benda Lain Yang Jadi Buat Intan Najuwa Akur- Lubuk Viral

Memegang status suami orang memberikan cabaran buat Yusuf Bahrin sebagai pelakon.

Sejak mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap, Zizi Kirana sejak setahun lalu, Yusuf berkata, dia perlu menjaga batasan sebagai suami dengan mengelak melakukan adegan bersentuhan.

Yusuf berkata, keputusan dibuat atas kerelaannya, bukan paksaan isteri. Malah, tindak tanduk diambil disebabkan perlu menjaga hati dan perasaan Zizi.

“Cabaran dalam drama tidak banyak, cuma status sudah berkahwin. Saya perlu berhati-hati terutama membabitkan adegan bersentuhan.

“Zizi tidak pernah meletakkan syarat, tetapi kami saling mengingati dalam soal menjaga batasan. Kesedaran tidak bersentuhan juga timbul dengan sendiri.

“Sebelum berkahwin, saya lebih santai, cuma tidak keterlaluan. Namun, sekarang saya mementingkan perasaan isteri dan elak melakonkan babak keterlaluan.

“Sekiranya ada adegan pegang, saya akan memegang ikut logik akal seperti menyentuh pakaian atau beg, namun elak memegang tubuh,” katanya kepada BH Online.

Yusuf ditemui pada sidang media dan pra-tonton drama Jesnita terbitan Zeel Production yang bakal disiarkan di Mega Drama, slot Tiara, Astro Prima bermula 7 November depan.

Tambah Yusuf, dia meminta jurukamera menggunakan teknik seolah-olah dirinya dan pelakon wanita dalam drama bersentuhan.

Namun, kata Yusuf, tiada langsung adegan bersentuhan antara mereka. Namun, terserahlah jika penonton meraguinya.

“Apa yang penting, saya tahu apa saya buat dan Allah juga mengetahuinya,” kata Yusuf lagi.

Mengulas tindakannya membawa isteri ke lokasi penggambaran, Yusuf berkata, dia membawa isterinya kerana tidak mahu Zizi bosan seorang diri di rumah.

Namun, Yusuf menafikan tindakan berpunca daripada sikap isteri yang kuat cemburu, sebaliknya dia juga ingin Zizi tahu caranya bekerja.

“Dari mula berkahwin saya akan mengajak isteri menemani di lokasi. Bukan sebab tidak percaya, tetapi saya kasihan melihat Zizi bosan tinggal bersendirian di rumah.

“Isu cemburu tidak timbul kerana isteri faham kerja saya. Jika ada cemburu sikit-sikit, itu perkara biasa.

“Dengan cara ini, kita tahu pasangan sayang dan ambil berat. Cuma, saya selalu mengingatkan isteri agar tidak cemburu berlebihan kerana tidak elok dan mendatangkan kemudaratan,” katanya.

Berkongsi mengenai drama Jesnita, Yusuf berterima kasih kepada penerbit, Fadzil Teh sanggup menunggunya menyelesaikan penggambaran filem selama sebulan.

“Saya berterima kasih kepada Fadzil kerana sanggup menunggu, saya rasa sangat dihargai.

“Saya menerima tawaran drama Jesnita kerana tertarik dengan jalan cerita kerana ia karya berat,” katanya.

Berlakon Dengan Yusuf Bahrin, Intan Najuwa Akur Diminta Jangan Bersentuhan

Pelakon Intan Najuwa berkata dia menghormati permintaan aktor Yusuf Bahrin yang menolak babak bersentuhan dalam drama terbaru mereka berjudul Jesnita.

Memetik Kosmo, Intan berkata dia juga mengambil langkah lebih berhati-hati serta menjaga batas dalam lakonan.

“Saya tiada masalah, itu hak dia untuk tidak bersentuhan. Bila tahu tentang itu saya hormati dan lebih berhati-hati. Saya terus letakkan dalam kepala dan tahu nak buat macam mana,” katanya.

Sebelum ini sering terpalit kontroversi dengan hero gandingannya, Intan berkata dia yakin isu itu tidak akan timbul drama drama berkenaan.

“Saya rasa kali ini tiada kontroversi sebab drama ini bukan cerita cinta. Lebih kepada cerita tentang keluarga. Saya yakin tiada timbul kontroversi yang tidak sepatutnya,” katanya.

Ditanya cara dia berdepan dengan kontroversi, Intan berkata dia lebih memilih untuk berdiam diri supaya tidak mengeruhkan keadaan atau memanjangkan isu tersebut.

“Saya lebih suka diam saja, kalau melenting saya takut buat kesilapan atau cakap benda-benda yang buruk dan mengeruhkan keadaan.

“Selalunya bila semua dah reda baru saya bercakap tentang itu. Saya tolak tepi perkara yang bawa toksik dalam kehidupan saya,” katanya.

SUMBER KOSMO

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/