Akhirnya Sakinah D3dah Status Perkawinannya Buat Ramai Terkejvt, Saya Akan Minta Cer4i KaIau Saya Jumpa LeIaki Lain – Lubuk Viral

Rumah tangga selebriti terkenal, Sharifah Sakinah dengan suaminya Michael Hansen yang dikhabarkan sedang bergol4k telah mendapat perhatian di media sosial apabila pelakon itu memaklumkan mereka bakal berpisah.

Walau bagaimanapun, Sakinah mengakui masih lagi menyayangi suaminya dan mereka juga mengambil keputusan selepas melakukan perbincangan bersama serta mempunyai beberapa sebab utama untuk membuat haluan masing-masing.

Akan tetapi, memetik laporan dari Kosmo! pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu akui masih lagi menyayangi jejaka kelahiran Sweden tersebut.

“Saya tidak cakap segala-galanya sudah berakhir. Cuma saya tidak dapat pastikan sama ada kami akan kembali bersama atau tidak.

“Saya masih cintakan dia. Cuma buat masa sekarang, lebih baik masing-masing buat hal sendiri. Mana tahu mungkin lagi 10 tahun akan datang kami akan bersama semula. Tapi jika saya sudah menemui lelaki lain, bye-bye jawabnya,” ujar Sakinah.

Dalam pada itu, pemilik nama sebenar Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired akui yang dia memang inginkan cahaya mata namun ia menjadi salah satu sebab mengapa mereka kerap bergadvh.

Menurut pelakon itu, suaminya adalah seorang lelaki yang bertanggungjawab. Jadi, dia tidak boleh untuk meninggalkan anak-anak dan bekas isteri yang ditanggungnya ketika ini untuk berpindah ke Malaysia.

“Buat masa sekarang memang kami tidak boleh ada cahaya mata bersama. Ya, saya mahukan anak. Tapi kami tidak boleh memilikinya (anak) kerana faktor hubungan jarak jauh.

“Michael seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab terhadap anak-anaknya yang masih kecil. Tapi dia tidak boleh berpindah Malaysia kerana ada tanggungjawab terhadap bekas isteri dan anak-anaknya di Sweden.

“Kalau Michael berpindah ke sini, dia perlu bawa bersama bekas isteri dan anak-anaknya ke sini. Saya tidak mahu ‘drama’ itu,” katanya.

Menjelaskan status sebenar, Sakinah mengakui yang mereka masih lagi sebagai suami isteri namun mengambil keputusan untuk berpisah dan bukannya bercer4i. Tetapi, andai dia berjumpa dengan lelaki lain, barulah dia akan meminta bercer4i.

“Tahun pertama dan kedua, kami survive. Tahun ketiga saya rasa memang rasional untuk kami berpisah sekejap. Bukan bercer4i tetapi berpis4h (separate).

Tetapi kalau saya jumpa lelaki lain, saya akan minta cer4i. Sebab saya tak nak nanti ada mulut lain bercakap.” tuturnya.

Untuk rekod, Sharifah Sakinah mengumumkan telah bernikah dengan Michael Hansen selepas mengenal hati budi masing-masing sejak tahun 2020.

Sebelum ini, pelakon terbabit pernah bernikah dengan seorang juruterbang iaitu Aliff Adha pada 2015 namun berpisah pada tahun 2020. Hasil perkahwinan tersebut, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan dikenali sebagai Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/