‘VIDEO] “Mak dulu klcc pun mak panjat” Berani Luar Biasa, Pekerjaan Wanita Ini Raih Perhatian Netizen- Lubuk Viral

Bukan mudah untuk mengatasi rasa gayat semasa berada di tempat tinggi terutamanya bagi mereka yang mempunyai rasa takut pada ketinggian. Namun baru-baru ini, seorang wanita meraih perhatian ramai selepas aksinya memanjat bangunan KLCC tular dikongsikan di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik ini, wanita tersebut yang merupakan seorang NDT Technician berada di puncak tertinggi Menara Berkembar Petronas (KLCC). Difahamkan, wanita itu sedang melakukan tugas-tugas penukaran lampu di puncak tersebut sambil turut dibantu oleh rakan-rakan sekerjanya yang lain.

Walaupun berada di tempat tinggi seperti ini, dia masih lagi kelihatan tenang malah sempat melambaikan tangan kepada kamera yang merakam. Berdasarkan tinjauan di akaun Tik Tok wanita tersebut, dia sering kali berkongsikan tugas-tugasnya sebagai NDT Technician yang memerlukan dia sentiasa berada di tempat yang tinggi.

VIDEO :

Video yang dikongsikan ini juga tular dan meraih hampir dua juta tontonan sebaik sahaja ianya dimuat naik. Malah kebanyakan netizen turut memuji keberanian dan kecekalan wanita itu melakukan tugas yang kebiasaannya didominasi oleh kaum lelaki sahaja.

VIDEO :

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kagum melihat tugas yang dilakukan oleh wanita ini kerana tidak ramai yang sanggup melakukannya. Dalam masa yang sama, netizen turut tidak dapat membayangkan bagaimana sekiranya mereka terpaksa melakukan tugas seperti ini sebagai punca pendapatan.

KOMEN NETIZEN :

“Kalau dah kahwin mesti dia cerita kat anak dia, mak dulu klcc pun mak panjat.”

wanita

“Tengok ni je pun kaki aku dah berpeluh.”

klcc

“Hebatnya! Kita yang tengok kat phone ni pulak tangan berpeluh-peluh.”

komen

“Dia yang panjat tangan aku yang mula sweating.”

tik tok

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/