‘Mana duit suami aku?’ Ada Yang D4kwa Zamani Dit1pu- Lubuk Viral

Kuala Lumpur: Luahan hati isteri kepada penyanyi popular, Zamani iaitu Nur Juliana Abd Rani di status WhatsApp baru-baru ini, yang mendakwa suaminya tidak mendapat bayaran ketika menjayakan Konsert Doa Buat Zamani mengundang persoalan dalam kalangan peminat.

Menerusi gambar berlatarkan suaminya yang sedang beraksi di konsert itu pada 30 September lalu, Nur Juliana atau lebih mesra dengan panggilan Julie menulis status yang dipercayai ditujukan kepada individu tertentu.

“Aku ni (ini) hanya ada dia je dalam hidup aku tau, apa d0sa dia sampai korang (kamu semua) tergamak buat dia macam tu. Sampai sekarang dia masih percaya korang kawan dia.

“Lagi seminggu nak oper4te (pembed4han) ni. Apa niat baru nak bagitahu (beritahu) benda ni semalam. Memang dia tengah down (kecewa) sekarang. Korang happy (seronok) kan?

“Kalau dia decide (buat keputusan) putus harapan untuk hidup atau apa-apa jadi kat dia nanti lepas oper4tion (pembed4han), sump4h aku cari korang sampai lub4ng c4cing la se**n…cctv semua ade,” tulisnya.

Menerusi status selanjutnya pula, Julie meminta semua pihak mendoakan individu yang dikatakan membawa lari wang Konsert Doa Buat Zamani itu menerima pembalasan.

“Kesian (kasihan) laki (suami) aku satu sen pun tak dapat. Tapi dia dapat hidu dari awal dah. Tapi jangan ingat boleh terlepas. Aku lagi bijak dari korang,” tulisnya.

Sementara itu, penganjur Indera Entertainment yang menganjur konsert itu, Aalan Ahmad berkata, perkara ini sudah diselesaikan dengan Zamani secara baik, Sabtu lalu.

“Saya terkejut apabila Julie menghantar WhatsApp kepada seseorang mendakwa saya men1pu duit show suaminya dan mengakui tidak menerima bayaran satu sen pun.

“Saya dah berjumpa dengan Zamani, Sabtu lalu dan menjelaskan semuanya yang tiket memang tidak dijual. Saya pun ajak dia pergi kepada pihak penjual tiket iaitu mytickets.asia.

“Mereka belum closing dan berjanji akan buat minggu ini. Saya kata kita datang bersama dan akan tahu berapa jumlah tiket dijual. Saya dah jelaskan semua pembayaran berkaitan dan untung hanya lebih RM4,000 saja,” katanya.

Menurutnya, walaupun tiket tidak laris, pihaknya memenuhkan tempat duduk dengan penonton seperti mengundang ahli kelab peminat menyaksikannya.

“Kita akan penuhkan supaya nampak keadaan cantik. Waktu jumpa Zamani Sabtu lalu, saya buat penjelasan dan keadaannya ketika itu okey. Dia dah jelas semuanya.

“Sebelum berpisah kami bersalaman dan berpelvkan. Dia kata tak mengapa dia nak selesaikan pembed4han dan selepas itu kita mula kerja semula macam biasa. Saya tak faham kenapa perkara ini berbangkit,” katanya.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Zamani tidak berjaya apabila Julie memaklumkan suaminya kurang sihat dan terpaksa berehat buat masa ini.

KOMEN NETIZEN :

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/