Peminat Tayang Gambar Artis K-Pop Di Hadapan Kaabah Undang Kec4man Ramai – Lubuk Viral

Tular sebuah video di media sosial memaparkan tindakan seorang peminat K-Pop yang telah membangkitkan kemarahan ramai. Menerusi video yang dimuat naik di platform Tik Tok itu, peminat wanita tersebut telah menayangkan gambar seorang bintang K-Pop terkenal di hadapan Kaabah.

Malah peminat wanita itu juga turut menayangkan satu lagi gambar yang disunting memaparkan bintang K-Pop tersebut bersama seorang wanita yang memakai niqab. Tidak cukup dengan itu, dia turut berdoa supaya dijodohkan dengan penyanyi itu sekaligus menjadikan video tersebut tular di media sosial.

 

Hantaran video itu kemudiannya dikongsikan di Twitter dan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang mengutuk tindakan peminat tersebut. Malah kebanyakan peminat K-Pop juga berpendapat tindakan wanita itu dilihat sebagai melampau dan tidak menghormati tanah suci Mekah.

Difahamkan, video tersebut dimuat naik oleh peminat daripada negara seberang, Indonesia di mana akaun Tik Tok tersebut didedikasikan khas untuk bintang K-Pop tersebut. Berdasarkan tinjauan di ruangan komen pada video asal, kebanyakan netizen turut mengutuk tindakan wanita itu kerana telah melepaskan peluang untuk berdoa perkara yang lebih membawa manfaat.

Netizen turut berharap peminat wanita itu dapat berhenti dari melakukan perkara seperti ini lagi yang boleh mencemarkan imej peminat K-Pop dalam kalangan pengguna media sosial yang lain. Dalam masa yang sama, ada juga segelintir pihak yang berpendapat wanita itu hanya berdoa tentang sesuatu yang diinginkan sahaja dan hanya Allah yang mengetahui niatnya itu.

“Ni bukan minat lagi ni, ni dah obses dah ni.”

peminat

“Syarat haji, umrah. Berakal.”

k-pop

“Awak, awak kena ingat tujuan awak pergi sana.”

komen

“Ni dah lebih dah ni.”

tik tok

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL