Dikatakan Terima Bayaran RM40K Untuk Mengacara, Nabil Ahmad Jawab Isu Video Yang Tular – Lubuk Viral

Baru-baru ini tular video di Tik Tok memaparkan nama-nama pengacara terkenal di Malaysia berserta maklumat bayaran yang diterima mereka. Berdasarkan video tersebut, Nabil Ahmad diangkat sebagai pengacara yang menerima bayaran paling tinggi dalam negara.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan maklumat yang dikongsikan ini, kebanyakan netizen turut kagum melihat bayaran tinggi yang diterima Nabil. Tidak kurang juga yang menganggap Nabil sememangnya layak menerima bayaran tinggi seperti itu dengan pengalaman sebagai pengacara selama ini.

 

Antara nama pengacara lain yang disebut di dalam video itu ialah Zizan Razak (RM30,000), Datuk AC Mizal (RM28,000), Datuk Aznil Nawawi (RM25,000-28,000), Awal Ashaari (RM25,000), Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).

@wanamirul771

top7 bayaran pengacara/host selebriti… kita layan part 1 dulu ya… #viraltiktok #keluargamalaysia #fwaipie #sukasuka #malaysia

♬ original sound – wan amirul – wan amirul

Susulan isu yang menjadi tular ini, Nabil kemudian tampil menjelaskan mengenai video yang mengaitkan namanya ini. Menurutnya, dia tidak pernah menerima bayaran setinggi itu sekaligus menepis dakwaan yang dikongsikan di dalam video yang tular ini.

“Nilai di sini bukan sebagai duit tapi nilai hos mahal iaitu standard tersendiri. Namun untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu.”

Nabil memberitahu dia lebih mementingkan hubungan jangka panjang bersama kliennya dan lebih selesa bersederhana sahaja kerana sedar tidak mampu untuk memuaskan hati ramai pihak.

Sepanjang 14 tahun di dalam bidang seni ini, dia mengakui banyak yang dipelajarinya dan mahukan klien berpuas hati dengan caranya mengacara beserta bayaran yang dibayar.

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: HCL