
Usia cahaya mata sulung pasangan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail yang diberi nama Muhammad Bilal kini mencecah lapan bulan. Meskipun sebelum ini, isu menutup wajah anaknya itu sangat menerima perhatian di media sosial dengan pandangan positif mahupun sebaliknya, kini Neelofa dilihat semakin terbuka berkongsikan foto Bilal kepada umum.
Malah di Instagram Neelofa juga, dia ada berkongsikan beberapa keping foto yang memaparkan gelagat Bilal. Walaupun wajah Bilal belum dikongsikan, kulit gebu dan tubuh badannya yang comel sudah cukup membuatkan ramai ‘geram’.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Walau bagaimanapun, sejak pagi tadi seorang bayi yang did4kwa Muhammad Bilal tanpa ditutup wajahnya mula tersebar di media sosial. Turut menjadi tumpuan ramai menerusi aplikasi TikTok, keluarga selebriti ini hangat diperkatakan warganet pula.
Meskipun begitu, seorang individu di aplikasi berkenaan tampil berkongsikan foto seorang bayi yang didakwa Muhammad Bilal itu dan telah menutup wajahnya. Telatah keluarga selebriti ini bagaimanapun menarik tumpuan ramai.
@eira_gold Hensem Muhammad billal ank neolofa
“Hensem Muhammad Bilal anak Neelofa,” puji pemilik akaun Eira_gold tersebut di TikTok manakala rata-rata netizen di aplikasi terbabit juga meninggalkan pelbagai reaksi diruangan komen selepas video berdurasi 19 saat itu dikongsikan dan dalam pada itu, ia ditinggalkan ribuan tanda suka.
“Rasanya dia decide…”
“Betul macam muka Jebat…”
“Muka macam ayah dia…”
“Dah tengok dah…”
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: HCL