Nabil Ahmad Luah Rasa Terharu Ustaz Ebit Lew Datang Ziarah Keluarganya, Ini Titipan Ebit Lew Buat Ramai Seb4k- Lubuk Viral

Umum ramai kenali dengan pendakwah ini. Pendakwah popular, Ustaz Ebit Lew berkesempatan menziarahi pengacara dan penyampai radio Nabil Ahmad yang baharu sahaja kehilangan ayah tercintanya, Ahmad Haji Ismail pada 7 Oktober lalu. Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram, Ebit menyatakan arwah pastinya berasa bangga kerana memiliki seorang anak yang soleh seperti Nabil. “Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Semoga Nabil sekeluarga tabah atas pemergian arwah ayah, Haji Ahmad Ismail. Ya Allah ampunilah Haji Ahmad Ismail dan hadiahkan syurga Firdaus buatnya.

Luahnya lagi “Gembiranya seorang ayah pergi saat meninggalkan anak yang soleh buat usaha dakwah dan buat usaha atas iman. “Itulah hadiah sangat besar seorang anak buat ayahnya. Semoga kita semua istiqamah sampai menemui-Nya (Allah),” tulis Ebit pada kapsyen. Terasa dengan kehilangan ayah kepada Nabil, Ebit turut kembali teringat akan peristiwa ayahnya yang telah menghebuskan nafas terkahir setahun lalu.

Bagi Ebit, pemergian orang yang paling disayanginya itu menjadikan dia hilang tempat untuk bermanja dan mengadu. Sementara itu, pemilik nama penuh Ahmad Nabil Ahmad dilihat sempat membalas kepada Ebit di ruangan komen dengan meluahkan rasa terharu diatas kehadiran pendakwah berkenaan ke rumahnya. “Saya mewakili Ibu saya sangat-sangat terharu dengan kedatangan ustaz Ebit dan tiada kata yang dapat kami terjemahkan untuk menzahirkan perasaan kami. Terima kasih ustaz,” komen Nabil. Terdahulu, berita pemergian ayah Nabil turut dirasai oleh rakan selebriti dan peminat. Arwah disahkan pergi menghadap ilahi akibat komplikasi jantung.

Sampai Ada Yang Cakap Nabil Ahmad Dibayar RM40k Dalam Mengacara, Sekali Ini Respon Berani Nabil. Siapa tak kenal dengan individu ini. Pelawak dan pengacara terkenal Nabil Ahmad dikatakan menjadi pengacara yang mendapat bayaran tertinggi dalam negara. Berdasarkan hantaran video dimuat naik pengguna di aplikasi TikTok dengan tajuk Top 7 Bayaran Pengacara Selebriti Termahal, Nabil yang juga pengacara program Gegar Vaganza selama sembilan musim dibayar RM40,000. Malah, jumlah itu jauh meninggalkan enam pengacara lain seperti Zizan Razak (RM30,000); Datuk AC Mizal (RM28,000); Datuk Aznil Nawawi (RM25,000 hingga RM28,000); Awal Ashaari (RM25,000); Raja Azura (RM23,000) dan Fara Fauzana (RM20,000).

Nabil, 39, atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad berkata, dia tidak pernah mendapat bayaran setinggi itu. “Ya Allah, kalau dia letak itu nilai untuk saya, yang mana nilai mengacara yang mahal, mestilah gembira. Nilai di sini bukan sebagai duit, tapi nilai hos mahal iaitu ada standard tersendiri. Namun, untuk harga tak pernah dapat bayaran macam tu. Kalau dikira mengikut kerja berepisod memanglah banyak. Tapi, untuk dapat satu harga, saya sendiri tak berani letak harga macam tu.

Terangnya lagi “Saya ni belajar semasa mengacara, nak klien puas hati dengan kita, puas hati dari segi mengacara dan harga. Sebagai contoh kalau saya buat acara korporat, kalau letak harga tinggi, jangkaan orang juga tinggi. Kalau harga diberi sederhana, klien pun okay. Jadi, jika ada cakap mengacara biasa saja, ia sesuai dengan harga. Tapi, apabila letak harga okay dan orang memberikan maklum balas mengacara bagus, ‘best’, itu lebih bernilai pada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Nabil, sepanjang 14 tahun terbabit dalam bidang seni, apa yang menjadi keutamaan adalah menjalin hubungan baik dalam jangka masa panjang dengan semua pihak yang pernah bekerjasama dengan dirinya. “Kalau dapat klien berulang, kita tahu dia suka dengan harga, mengacara, cara ‘PR’, maksudnya kita di jalan betul. Bagi saya, tidak ada jaminan jika meletakkan harga tinggi boleh memuaskan hati semua tetamu yang datang. Hakikatnya, tidak boleh. “Kita kena sedar tak boleh puaskan semua hati. Pasti akan ada yang cakap tak ‘best’ pun. Lebih baiklah harga sederhana saja. Saya lebih suka hubungan jangka masa panjang,” katanya. Sumber, harian metro

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://erakini.bbn.my/