Baru Je Polis Beritahu Ejen kosmetik Berjaya Diselamatkan, Sekali Keluarga Beritahu Kenapa Mereka Tak Percaya Azi Selamat- Lubuk Viral

TUMPAT – Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu terkejut dan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemui dalam selamat.

Kakak Azi yang enggan dikenali berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan sebentar tadi.

Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azi selamat sejak petang tadi.

“Bagaimanapun, kami tidak percaya kerana banyak sangat berita p4lsu tersebar sebelum ini. Adakah berita ini sahih?

“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam ini. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurutnya, setakat ini, keluarganya masih tidak menerima sebarang maklumat daripada polis mengenai keadaan Azi meskipun ada yang mengatakan adiknya itu sudah berada di Malaysia.

“Jika berita ini sahih, kami tidak sabar untuk bertemu dengannya tapi tolonglah beritahu di mana Azi sekarang ini,”katanya.

Kosmo! Online sebentar tadi melaporkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan berkata, Rosnazirah Mohd. Naim, 36, diselamatkan dengan hasil bantuan pihak berkuasa Thailand dan kini berjaya dibawa pulang ke Malaysia.

Menurutnya, lokasi keberadaaan m4ngsa di negara itu dapat dikesan melalui kerjasama erat Polis Diraja Malaysia dan Polis Diraja Thailand.

“M4ngsa kemudiannya berjaya ditemui dan diselamatkan sebelum dibawa pulang ke tanah air hari ini.

“Dalam kes ini, seramai tujuh lelaki tempatan telah ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Tak terima panggilan minta tebusan

Terdahulu Ibu kepada Rosnazirah, Zahasnah Mohd Zain menyatakan sehingga kini mereka sekeluarga masih berada dalam keadaan travma dengan apa yang berlaku serta terngiang-ngiang suara anaknya meminta tolong ketika diheret oleh sekumpulan lelaki.

Bercakap sekiranya keluarga menerima sebarang panggilan mengenai wang tebusan, Zahasnah berkata sehingga kini keluarga masih tidak menerima apa-apa panggilan.

Makcik sekarang terlalu sedih mengenangkan nasib anak yang sehingga kini tidak mendapat sebarang khabar berita. Makcik hanya mampu berdoa supaya Rosnazirah ditemui selamat dan menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Diseret tanpa sempat pakai selipar

Bercerita mengenai kejadian yang berlaku, Zahasnah mengatakan pada ketika itu dia baru sahaja selesai solat Asar sebelum didatangi beberapa orang lelaki yang bertanyakan nama anaknya.

Suami terus memanggil anak yang ketika itu berada di dapur dan secara tiba-tiba Rosnazirah diher3t tanpa sempat memakai selipar atau tudung. Pakcik (suami) sempat bergelvt beberapa minit walaupun lelaki itu mengeluarkan pisau, namun pakcik terpaksa mengalah sebaik lelaki itu mengeluarkan pist0l sambil mengeluarkan kata-kata ugut4n.

Ketika itu ramai yang menyaksikan kejadian itu termasuk anak Rosnazirah yang men4ngis meminta pertolongan, namun tiada siapa yang berani mengenangkan lelaki itu mempunyai pist0l.

Difahamkan, sebelum kejadian, si ibu menyedari terdapat sebuah motosikal lalu lalang di kawasan rumah sebelum empat orang lelaki datang menaiki kereta. Dalam pada itu, adik m4ngsa, Mohd Syarafi mengatakan mereka sekeluarga akan mengadakan solat hajat agar kakaknya ditemui dengan selamat.

KOSMO! ONLINE

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/