Ibu Sering Dih1na Di Media Sosial, Sekali Anna Jobling Buka Mulut – Lubuk Viral

“Kenapa perlu h1na mak orang sampai macam tu? Can you just respect my family?” Begitulah kata-kata yang keluar daripada mulut pelakon berd4rah campuran, Anna Jobling apabila diminta untuk mengulas mengenai komen-komen buruk yang dilemp4rkan kepada ibunya di media sosial baru-baru ini.

Anna berkata, dia berasa pelik kerana ibunya yang tidak pernah mengusik dan mengendahkan hal orang lain menjadi sasaran golongan yang gemar ‘bvli siber’ secara tiba-tiba.

“For me, jangan g4nggu keluarga saya. Kalau ada masalah, cakap dengan saya, jangan libatkan mereka. Sebab ibu saya tak kacau sesiapa pun.

“Apa yang kamu akan rasa kalau ada seseorang yang kurang ajar dengan keluarga kamu pula?” katanya kepada Gempak.

Anna ditemui usai pementasan teater Madu Ku Terpaling Kalut yang berlangsung di PJPac, Petaling Jaya, malam semalam.

    

 

Mengulas lanjut, Anna berkata, dia berasa bersyukur kerana ibunya kuat dan sentiasa positif sungguhpun menerima banyak krit1kan dan komen yang kurang elok.

“Alhamdulillah, ibu saya seorang wanita yang kuat. Dan dia tak kisah pun. Dia hanya memberi fokus penuh pada saya. So you know what… buatlah apa yang kamu nak buat.

“Sedih tu memang sedih sebab ibu saya tak buat apa-apa. Mungkin sebab saya merupakan seorang figura awam, jadi netizen rasa mereka boleh komen apa sahaja tentang saya. Kenapa tak komen tentang kerjaya saya je? Tapi nak buat macam mana, netizen kan ada mulut… mereka akan sentiasa bercakap,” katanya.

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Dalam masa sama, Anna turut tersentuh kerana peminatnya turut sama-sama menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat dia dan ibunya.

“Peminat saya baik-baik. Mereka faham saya macam mana dan saya bersyukur mendapat sokongan daripada mereka,” katanya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: gempak.com