[VIDEO] Tak Puas Hati, Kaka Azraff Sound Netizen “Banggakan Malaysia Pun Kena Kec4m!”- Lubuk Viral

TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah terciptanya sejarah buat anak kelahiran Klang, Kaka Azraff apabila dipilih menghiasi papan ‘billboard’ gergasi di tengah-tengah kota raya New York – Times Square.

Kaka juga baru sahaja melancarkan lagu terbarunya yang berjudul Hilang pada bulan lepas, telah dipilih sebagai ‘artis pilihan bulan ini’ menerusi program EQUAL Singapura & Malaysia.

“Saya rasa seperti bermimpi dapat menjadi sebahagian daripada program EQUAL oleh Spotify. Telah lama saya idamkan peluang sebegini kerana sering melihat wanita-wanita hebat dari Malaysia dipaparkan dan kini giliran saya pula.

“Semoga dengan pemilihan saya dapat memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana untuk terus mengejar mimpi kerana kita (wanita) mampu menggoncangkan dunia,” kata Kaka yang menjadikan artis ke-8 dari Malaysia yang dipaparkan.

EQUAL merupakan program yang diwujudkan oleh Spotify dalam memartabatkan kesaksamaan wanita dalam peranan muzik.

Perjalanan seni Kaka bermula ketika dirinya masih muda lagi dengan mempelajari selok-belok industri muzik sejak kecil. Debut pertamanya bersama pelawak, hos TV dan penyanyi popular, Zizan Razak telah melonjakkan namanya.

Single keduanya berjudul Bukan Hal Aku telah meraih jumlah tontonan sebanyak 10 juta sejak dilancarkan.

Selain itu, Kaka juga turut terjun dalam bidang lakonan kerana bakat semulajadi yang dimilikinya. Manakala pencapain tertingginya dalam bidang muzik adalah apabila dinobatkan sebagai juara di pertandingan penuh berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu ‘Gila’ bersama rapper Noki dan Loca B.

Banggakan Malaysia pun kena kec4m! Kaka Azraff ‘sekolahkan’ netizen tak puas hati muka terpapar di ‘Billboard’ New York

PENYANYI Kaka Azraff menjadi m4ngsa kec4man netizen selepas fotonya menghiasi billboard atau papan iklan gergasi di Times Square New York, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Kesal dengan tindakan itu, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, meminta netizen tidak melampau dalam melontarkan pandangan dan lebih berjaga-jaga dalam memberikan sebarang komen di media sosial.

“Sebelum ini kalau gambar artis lain berada di papan itu saya bangga sebab kita membawa nama negara dan untuk berada di papan iklan tersebut mungkin ada yang cakap ia biasa tapi sebaliknya tidak bagi saya.

“Kamu kena ada sesuatu untuk berada di situ, lagipun bukan senang sebab 10 tahun dalam industri ini pencapaian buat saya… bila lihat gambar tu berada di papan iklan jadi dapat menaikkan semangat untuk saya jadi lebih keyakinan.

“Anda semua tolonglah lebih terbuka! Ini tidak asyik nak kecam saja sebab kalau berterusan macam ini sampai bila negara kita nak maju… cara anda semua tu seolah-olah menjatuhkan negara dan semangat seseorang yang berjuang menaikkan nama negara supaya lebih dikenali,” kata Kaka kepada mStar.

KOMEN NETIZEN :

Sumber/ Kredit :mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/