“Saya macam tak sabar..”-Ini Kata2 Tenang Ebit Lew Selepas Keluar Mahkamah Perbicaraan Hari Pertama- Lubuk Viral

Pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 37, tiba di Mahkamah Majistret Tenom di sini, hari ini, untuk menghadiri perbicaraan hari pertama kes pertudvhan gangguan s3ksu4l yang dikaitkan dengan dirinya.

Ebit tiba di perkarangan mahkamah, kira-kira 9 pagi, dengan menaiki pacuan empat roda Toyota Land Cruiser warna hitam, dan diiringi beberapa kenderaan lain.

Beliau yang memakai baju kemeja serba hitam serta berkopiah putih, ditemani peguam serta sekumpulan individu, kelihatan tenang dan memberikan senyuman ketika memasuki pintu utama mahkamah.

Sementara itu, Ebit ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah menyatakan rasa bersyukur kerana perjalanan kes sudah bermula.

“Saya rasa bersyukur, gembira walau berat ujian ini, saya macam tak sabar sebab sudah setahun saya tunggu, kalau boleh tahun lepas lagi saya nak selesaikan” – Ebit Lew

“Sebab saya bergerak ke mana-mana, itulah pandangan orang, sebutan orang jadi saya dah diuar-uarkan tak baik merata-rata, gambar yang tak baik, entah siapa-siapa kan. Jadi saya tak sabar.

“Saya dalam keadaan tenang, gembira, senyum dari tadi,” katanya ketika ditanya perasaan sepanjang berada di kandang tertudvh di dalam mahkamah.

Sebelum itu, perbicara4n pendakwah berkenaan ditangguhkan pada jam 4.30 petang dan akan disambung semula pada jam 9.30 pagi Rabu.

Perbicaraan yang berlangsung selama empat hari dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Muhammad Ilmami Ahmad, Zahida Zakaria, Adibah Saiful Bahri, Nur Masrin Amalia manakala Ebit diwakili barisan peguamnya yang terdiri daripada Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki, Timothy Daut, Kimberly Ye Wanchuin dan Chen Wen Jye manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ebit berhadapan dengan 11 pertudvhan berkaitan gangguan sek sual membuat hantaran gambar dan perkataan lu cah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp mengikut Sek syen 509 Kanun Kese ks4an.

VIDEO:

Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini akan menjadi saksi terhadap kes perbicaraan pertudvhan gangguan s3ksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Tenom, Sabah

Firdaus Wong dalam hantaran di Facebooknya sebentar tadi memaklumkan bahawa dia bersama seorang pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi akan bertindak sebagai saksi pend4kwa raya serta mengharapkan doa orang ramai agar segala urusan perbicaraan dapat dijalankan dengan lancar.

“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan s3ksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pend4kwa raya.

hanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” katanya sambil menitipkan doa buat urusannya hari ini.

Tambahnya lagi, moga perbicaraan yang akan dimulakan hari ini memberi keadilan dan kebenaran sebenar.

Pengadu kes gangguan s3ksual anggap Ebit Lew ‘orang besar’ – Saksi

Dalam pada itu Saksi pendakw4an kes gangguan s3ksual membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew, memberitahu mahkamah bahawa pengadu kes itu pada mulanya enggan membuat laporan polis kerana menganggap dirinya sebagai ‘orang kecil’ dan tertudvh pula sebagai ‘orang besar’.

Mohd Fairuz Abu, seorang pakar motivasi yang menjadi saksi pertama pihak pendakw4an berkata, dia sebelum ini juga menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi m4ngsa gangguan s3ksual termasuk yang dilakukan tertudvh.

“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah ‘pengadu’ (identiti tidak dided4hkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi m4ngsa gangguan s3ksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.

“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).

“Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kem4luan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

Fairuz juga memberitahu mahkamah, dia kemudian menasihatkan pengadu membuat laporan polis namun pengadu takut kerana menganggap dirinya hanya ‘orang kecil’ dan Ebit Lew pula sebagai ‘orang besar’.

“Saya katakan kepada ‘pengadu’ jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara s3ksual oleh Ebit Lew,” katanya.

Jawapan saksi itu kemudian dibantah peguam Ram Singh yang mewakili tertudvh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew” bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti.

“Jawapan itu tidak boleh direkodkan kecuali dia ada bukti laporan polis,” katanya.

Bagaimanapun, Zahida membalas bantahan Ram Singh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.

Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertvduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.

“Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis,” katanya.

Ebit Lew, 37, atau nama penuhnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghadapi 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon m4ngsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Kes3ksaan yang membawa hukuman penj4ra sehingga lima tahun atau d3nda atau kedua-duanya bagi setiap pertudvhan.

Sumber : Sinar Harian

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/