Bella Astillah Beritahu Kenapa Dia Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul- Lubuk Viral

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mended4hkan dia lebih selesa untuk berbincang terlebih dahulu bersama suaminya yang juga merupakan penyanyi serta pelakon, Aliff Aziz sebelum bersetuju untuk membintangi sesebuah karya.

Menurut Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah, sebagai seorang yang bergelar isteri, ada banyak aspek yang harus difikirkan sebelum memberikan kata putus.

“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,”; Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul

“Sebelum ini, saya ada terima beberapa tawaran untuk berlakon tapi bila berbincang dengan Alif, dia selalu kata saya kena teliti dahulu setiap watak dan pilih mana yang sesuai untuk saya.

“Alif juga ada bagitahu, kita tak boleh nak terima sahaja semua jenis tawaran yang diberikan kerana skrip juga memainkan peranan. Ditambah pula status saya sebagai isteri orang.

“Walaupun orang selalu cakap bila bergelar pelakon, kita kena bersikap profesional. Saya tak nafikan tapi kalau watak itu keterlaluan, saya kena fikir banyak pihak dan aspek.

“Anak saya juga sekarang dah pandai menonton tv jadi, saya kena pilih watak yang sesuai untuk tontonan umum,” katanya kepada MH.

Bella yang kini muncul menerusi drama terbaru, Aku Tanpa Cintamu akui watak yang dimainkannya ketika ini sememangnya sarat emosi dan jauh berbeza dengan naskah-naskah yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,” – Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,” ; Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul

Namun, dia bersyukur kerana mendapat bimbingan penuh daripada para pelakon senior dan pengarah.

“Bila pertama kali diberikan skrip, saya agak gementar kerana sebelum ini, saya tak pernah berlakon drama berat seperti ini. Kebanyakkan drama saya bergenre komedi atau kisah cinta yang lebih santai.

“Mulanya memang berat nak terima tapi bila sampai di set, saya dapat bimbingan terus daripada para pelakon lain seperti Abang Zamarul dan Datuk Eizlan Yusof.

“Saya bersyukur kerana dikelilingi orang-orang yang tidak pentingkan diri sendiri. Semuanya saling membantu. Bila ada yang kena perbaiki, mereka akan tegur. Saya tak rasa keseorangan dan tak stress bila di set,” kongsi lagi.

Dalam pada itu, Bella turut mended4hkan komunikasinya bersama Zamarul hanya akan tertumpu ketika di set sahaja dan tidak terbawa-bawa sampai ke luar.

“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,” – Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul

Katanya lagi, sekiranya dia ingin memesan sesuatu kepada Zamarul, dia akan berhubung terlebih dahulu dengan isterinya yang juga merupakan pelakon, Diana Rafar.

“Sepanjang berlakon drama ini, saya dan Abang Zamarul tidak pernah berbalas mesej tentang perkara tak penting. Komunikasi kami banyak di set sahaja. Kalau belanja makan pun, semuanya bersama team produksi.

“Kalau saya harus mencari Abang Zamarul, saya akan cari Kak Diana dulu. Saya tak la cakap semua kena jadi seperti saya tapi saya harap perkara-perkara seperti ini akan dipraktikkan juga oleh pelakon-pelakon lain.

“Kita kena ada rasa hormat. Saya memang segan kalau berhubung dengan Abang Zamarul bila di luar set. Saya cuma tak nak timbulkan suasana yang tak selesa,” akhirinya.

“Harap Dipraktikkan Pelakon Lain Juga,” Elak Suasana Tak Selesa, Bella Astillah Cari Diana Rafar Dulu Sebelum Mesej Zamarul

HIGHLIGHT: Episod 5 – Fikir Dulu Ada Buat Salah Apa! Baru Masuk Rumah | Aku Tanpa Cintamu (2022)

Bawa watak suami isteri, Zamarul anggap Bella macam adik saja

Drama Aku Tanpa Cintamu yang baru disiarkan di TV3 mengundang reaksi neg4tif daripada segelintir penonton terhadap gandingan pelakon, Zamarul Hisham dan Bella Astillah.

Menurut laporan BH Online, mereka menganggap gandingan sebagai suami isteri tersebut tidak serasi apatah lagi kedua-dua pelakon itu sudah berumah tangga.

Bagaimanapun, Zamarul berkata, dia sudah mendapat keizinan daripada suami Bella iaitu penyanyi dan pelakon Aliff Aziz serta mengetahui batas masing-masing.

“Ketika berada di set penggambaran juga, Aliff sentiasa menemani Bella. Malah, kadang-kadang, saya dan Aliff bersembang bersama.

“Sebagai pelakon ‘senior’, saya minta izin Aliff. Saya bersyukur Aliff faham.

“Namun, saya dan Bella cuba elak adegan bersentuhan melainkan untuk beberapa babak,” kata pelakon berusia 51 tahun itu.

Malah, suami kepada pelakon Diana Rafar itu berkata, dia juga menganggap hubungan mereka tidak lebih seperti abang dan adik.

“Dalam setiap babak bersentuhan yang tidak dapat dielak, adegan pegang itu lebih kepada abang dan adik.

“Lakonan saya dengan Bella tidak ubah seperti hubungan abang dan adik,” ujarnya yang mengaku selesa bekerja dengan Bella.

Drama ini sudah mula ditayangkan sejak 15 September lalu di slot Samarinda, TV3 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

kredit: mhiburan

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/