Azira Shafinaz akui masih solo, Azira luah rasa selesa tiada lagi g0sip cinta berkenaan dirinya – Lubuk Viral

Siapa tak kenal dengan pelakon cantik ini. Azira belum fikir cari teman lelaki. Tiada lagi g0sip cinta atau dikaitkan dengan mana-mana lelaki membuatkan pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mampu menarik nafas lega. Menurut Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan, 31, dia bukanlah seorang wanita yang suka dengan kontrov3rsi dan mengakui lebih selesa jika kisah peribadi tidak diperkatakan. “Lega rasanya apabila tiada lagi cerita sebegitu. Mungkin orang mahukan sesuatu, tetapi saya bukanlah seorang yang suka dengan kontr0versi.

Azira sebelum ini pernah dikatakan rapat dengan Sharnaaz

Luahnya lagi “Apa yang keluar dari mulut saya itulah yang benar,” katanya kepada mStar. Anggota kumpulan DeFam ini ditemui ketika sidang media pelancaran filem pertama lakonannya sebagai watak utama berjudul Talbis Iblis di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Sebelum ini nama Azira dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon Sharnaaz Ahmad apabila mereka sering dilihat mengadakan sesi live bersama di laman sosial.

Menjawab mengenai g0sip itu, Azira memberitahu dia dan aktor berkenaan hanyalah sahabat baik dan ia kekal sehingga hari ini. “Sekarang ini saya single dan happy. “Tiada sebarang hubungan istimewa dengan Sharnaaz sebelum ini dan kami masih berkawan baik seperti biasa,” jelasnya.

Sekarang ini saya single dan happy

Sementara itu bercakap tentang perancangan mencari kekasih hati, Azira berkata itu bukan menjadi keutamaannya buat masa ini, namun berharap semua orang dapat mendoakan agar dia segera bertemu jodoh. “Memang ramai yang sudah mula bertanya soal jodoh, namun fokus saya sekarang lebih kepada kerjaya. Apa boleh buat kalau jodoh belum sampai! “Ada yang cuba mahu dekat tetapi belum ada yang istimewa. Kawan biarlah ramai, bercinta hanya satu. Doakanlah saya bertemu jodoh.

Azira bergandingan dengan Nasha Aziz dalam Talbis Iblis

Kata Azira lagi “Kalau mencari seseorang biarlah yang boleh terima saya dan keluarga. Paling penting lelaki itu hormat kerja saya kerana tak semua boleh faham kerjaya ini,” ujarnya. Bercakap mengenai filem Talbis Iblis, karya arahan Khabir Bhatia itu akan ditayangkan bermula 20 Oktober depan. Sumber, mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://erakini.bbn.my/