Ustaz Azhar Jawab Isu Bomba Keluar Perbarisan Buat Ramai Berdekah- Lubuk Viral

Pelbagai peristiwa lucu dan unik yang berlaku sepanjang sambutan Hari Kemerdekaan ke-65 yang diadakan di seluruh negara semalam.

Menerusi satu video tular yang berlaku ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Terengganu, beberapa anggota bomba dilihat meninggalkan barisan mereka.

Kisah mencuit hati itu berlaku apabila mereka ternampak penceramah terkenal yang juga berasal dari Terengganu, Ustaz Azhar Idrus yang sama-sama menyaksikan perarakan tersebut.

Tular ketika sambutan Hari Kemerdekaan 2022 di Terengganu, baru-baru ini apabila beberapa anggota bomba dilihat meninggalkan barisan mereka gara-gara melihat kehadiran pendawah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Anggota bomba itu dilihat teruja selepas ternampak penceramah itu sama-sama menyaksikan perarakan tersebut.

Mereka sanggup keluar baris dan berhenti untuk bersalam dan bergambar dengan penceramah selebriti tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga turut terhibur dan menyifatkan anggota-anggota Bomba itu begitu menghormati golongan agama seperti Azhar Idrus.

Terbaharu menerusi satu video di TikTok dan dimuat naik semula ke akaun Instagram Azhar Idurus menjawab mengenai kejadian yang tular itu.

Pemuda yang memuat naik video itu yang menulis ‘UAI Jawab Isu Bomba Keluar Barisan’

pada mulanya bertanyakan berapa jauh penceramah itu berbasikal.

Kemudian bertanya mengenai perkara yang tular itu.

“Sebenarnya dia Pas (parti politik) bukan Barisan (Barisan Nasional),” jawabnya berseloroh sambil berlalu pergi.

Video itu dalam masa yang sama memainkan lagu parti politik parti UMNO

“Lagu memainkan peranan Ustaz” –

TERDAHULU Anggota-anggota terbabit sanggup keluar baris dan berhenti untuk bersalam dan bergambar dengan penceramah selebriti tersebut.

Rata-rata orang ramai yang menyaksikan klip tersebut juga turut terhibur dan menyifatkan anggota-anggota Bomba itu begitu menghormati golongan agama seperti Azhar Idrus.

“Aku paling lucu apabila mendengar apa yang Ustaz Azhar cakap dalam video tu, dia cakap ini pasukan tangkap ular ni.

“Ustaz juga ada sedikit bergurau dengan anggota-anggota terlibat dan menyuruh mereka berbaris semula. Hormat betul mereka pada ustaz,” jelas Helmi Bezza.

“Kalau dah memang orang sayang, dekat mana pun orang akan hormat. Betul-betul respek dengan mereka ni.

“Ustaz juga turut luangkan masa dengan keluarga dan duduk beramai-ramai dengan hadirin lain di tepi jalan,” kata Hazliza Mansyah

Gambar anggota bomba yang bergambar dengan Azhar Idrus turut dikongsi di laman sosial pasukan keselamatan itu.

KREDIT: ig uai

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/