Salamiah Hassan Kembali Bergelar Isteri Pada Usia 71 tahun. Kenali Siapa Suaminya – Lubuk Viral

SeIepas lebih 35 tahun hidup bersendirian, penyanyi terkenal, Salamiah Hassan kembali bergelar isteri kepada Gerry Hughes.

SaIamiah, 71 tahun, dan Hughes, 68 tahun, disatukan sebagai suami isteri dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Burnie, Tasmania, Australia pada Khamis (1 Sep). Majlis tersebut dikendalikan oleh seorang jurunikah yang berasal dari Malaysia.

Mnurut biduanita era 70-an yang cukup terkenal dengan lagu Menghitung Hari dan Gelombang itu, dia dan Hughes mula mengenali antara satu sama lain sekitar 15 tahun lalu sebagai kenalan biasa.

Bgaimanapun, takdir mengubah segala-galanya apabila kedua-dua mereka sepakat untuk membawa

hubungan persahabatan ke fasa yang lebih serius.

” Semuanya berlaku sangat pantas. Selepas berbincang dari hati ke hati serta mengambil kira pandangan seluruh ahli keluarga, kami memilih disatukan sebagai suami isteri.”

” Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan.

” Saya bersyukur Allah menemukan saya dengan seorang lelaki yang budiman selepas sekian lama saya bersendirian,” kata Salamiah kepada Astr0AWANI ketika dihubungi.

Memandangkan sudah bergelar isteri, Salamiah memberitahu bahawa dia akan menetap di Australia bersama suaminya.

” Saya sudah ada tanggungjawab baru di Australia, saya harus berada di sisi suami saya.

” Namun, Malaysia sentiasa kekal di hati, saya pasti akan berulang-alik antara Malaysia dan Australia,” kata Salamiah yang juga merupakan ibu kepada penyanyi terkenal, Atilia itu lagi.

Suami berasal dari Liverpool tapi menetap di Australia

Menurut Salamiah, selama hidup bersendirian selepas berpisah dengan suami pertama, beliau tidak pernah terfikir akan kembali menjadi isteri orang.

Sebagai seorang wanita yang berdikari, Salamiah berkata bahawa urusan jodoh dan pertemuan diserahkan kepada Allah termasuk pertemuannya dengan Hughes yang berasal dari Liverpool tetapi kini menetap di Australia.

” Alhamdulillah, saya ditemukan dengan seorang lelaki yang baik.

” Yang penting anak-anak dan ahli keluarga saya menerima kehadirannya dengan baik. Begitu juga dengan keluarga Hughes juga sangat menyenangi saya.”

” Saya berdoa kepada Allah agar segala urusan saya dan suami dipermudahkan,” ujar Salamiah lagi, dipetik daripada Astro AWANI.

Selain Atilia, Salamiah juga mempunyai seorang lagi anak lelaki, Raja Ahmad Shah.

Terdahulu pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Tasmania, Australia pada pagi Khamis.

Gerald atau mesra disapa Gerry sah bergelar suami kepada penyanyi lagu Gelombang itu dengan sekali lafaz selain memberi mas kahwin sebanyak RM320 kepada Salamiah.

Dalam satu sesi video di laman Instagram miliknya, Salamiah memberitahu dia sudah mengenali Gerry sejak 15 tahun lalu.

Penyanyi itu juga dilaporkan akan terus menetap di Australia selepas ini.

Atilia luah rasa gembira dah syukur

Sebelum disatukan sebagai suami-isteri, Gerald terlebih dahulu melafazkan syahadah dan memeluk agama Islam.

Sementara itu, berita gembira tersebut turut dikongsi oleh anaknya, penyanyi Atilia Haron yang menyaksikan majlis pernikahan ibunya secara atas talian.

Atilia menerusi hantaran di Instagram memberitahu dia berasa gembira dan bersyukur apabila ibu tersayang bertemu dengan kebahagiaannya.

” Kita menerima saudara baru pagi ini, Gerald Hughes, Alhamdulillah dan ibu saya, cinta hati kami bertemu dengan kebahagiaannya.

” Tidak dapat bersama mama tetapi saya sangat gembira dapat menyaksikan menerusi online.

” Tak sabar untuk memeluk kamu berdua. Kita adalah keluarga sekarang. Alhamdulillah,” katanya.

Salamiah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyrham Raja Haron Raja Aziz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Raja Ahmad Shah dan Raja Atilia.

Pernah menyertai pertandingan Bakat TV 1971 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Salamiah terkenal dengan lagu raya seperti Bila Takbir Bergema dan Hari Yang Mulia.

Sumber:mstar

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://thebolalive.com/