Abdul Hamid Tamat Zaman Duda, Nikahi Pegawai Polis. Ini Pangkat Isteri Dia Dalam Pasukan PDRM- Lubuk Viral

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menamatkan zaman dvda apabila melangsungkan perkahwinan dengan pegawai berpangkat Deputi Superintendan (DSP).

Abdul Hamid selamat bergelar suami kepada pegawai polis dikenali DSP Fazreena Abdul Karim itu yang dilaporkan bertugas di Muzium PDRM di Kuala Lumpur dengan sekali lafaz dalam satu acara semalam.

Majlis perkahwinan pasangan itu berlangsung secara sederhana di rumah keluarga wanita itu dengan mengikut normal baharu.

Terdahulu, Getaran menerima beberapa gambar perkahwinan pasangan itu.

Wartawan Getaran cuba mendapatkan Abdul Hamid namun sehingga berita ini ditulis, beliau tidak dapat dihubungi.

Abdul Hamid dilantik sebagai Ketua Polis Negara secara kontrak selama dua tahun selepas bersara, berkuat kuasa 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021

Abdul Hamid yang pernah menggalas tanggungjawab sebagai orang nombor satu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia dikatakan berlangsung di rumah keluarga wanita secara sederhana, pada Sabtu. – Foto ihsan pembaca

Berikut adalah Biodata, Profail dan Latar Belakang Tan Sri Dato’ Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador mantan Ketua Polis Negara Malaysia ke12 yang dikemaskini pada 1 Mei 2021.

Abdul Hamid Bador dilahirkan pada 7 Ogos 1958, di Kuala Lumpur. Beliau ialah anak kepada seorang konstabel polis, Allahy4rham Bador Ijoh, yang membesar dalam suasana kerap berpindah-randah.

Beliau bersama sembilan adik-beradik dan ibunya yang juga seorang suri rumah berketurunan Cina Malaysia, mendiami berek polis di Balai Polis Pudu, Kuala Lumpur; Balai Polis Serendah (Rawang); Balai Polis Jerantut (Pahang); Balai Polis Tampin (Negeri Sembilan).

Pendidikan

Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris (kini Sekolah Kebangsaan Jerantut) Jerantut, Pahang dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.

Kerjaya

Selepas menamatkan persekolahan, Abdul Hamid kemudian bekerja sebagai pelayan dan penyambut tetamu di sebuah hotel di Kuala Lumpur, dari 1977 sehingga 1979.

Beliau mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai Inspektor Pelatih, pada 4 November 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Khas Bukit Aman, bermula 1980 hinggalah 1996.

Pada 1999, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, sebelum kembali ke Cawangan Khas, Bukit Aman pada 2001, seterusnya dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas, Polis Kontinjen Kelantan pada 2005.

Setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai Ketua Jabatan Cawangan Khas, Polis Kontinjen Sabah sebelum dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, pada 2009.

Beliau kemudian ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 18 Ogos 2015 sebelum dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas, tidak lama selepas Pakatan Harapan (PH) mentadbir kerajaan.

Hamid Bador cerita pengalaman berniaga di pasar jual sayur selepas pencen KPN

Hamid Bador cerita pengalaman berniaga di pasar jual sayur selepas pencen KPN. “Tiada apa yang perlu dimalukan apa yang kita buat asalkan ia halal dan tidak salah,” demikian kata bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, ketika mengulas gambarnya yang tular kononnya sedang menjual sayur-sayuran.

Abdul Hamid berkata, setiap insan tidak perlu berasa malu dan segan dengan apa juga bidang perniagaan dan kerja yang dilakukan termasuk menjual sayur-sayuran di tepi jalan atau di pasar.

Terdahulu beliau mengulas dakwaan gambarnya yang tersebar dalam laman sosial dengan duduk di sebuah gerai menjual sayur-sayuran dengan memegang buku nota dan pen.

“Gambar itu adalah gambar lama semasa saya bergambar bersama rakan saya di gerainya suatu masa dahulu.

“Saya melawat gerai kawan baik saya dan secara kebetulan ada individu yang lalu-lalang mengambil gambar,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hamid Bador cerita pengalaman berniaga di pasar jual sayur selepas pencen KPN

Abdul Hamid berkata, rakannya yang berniaga sayur, daging dan ikan sebelum itu pernah menjual hasil tanaman dari ladangnya.

“Gambar yang tular itu bukan satu isu besar kerana pada masa ini saya sedang menikmati kehidupan sehari-hari sebagai seorang pesara kerajaan dan saya bebas untuk melakukan apa sahaja asalkan ia halal dan tidak melanggar undang-undang.

“Sejujurnya sebelum ini saya mempunyai pengalaman menjual sayur-sayuran dari ladang saya di pasar serta pasar mini di Seremban, Rembau dan Kajang dan tiada apa yang perlu dimalukan pun,” katanya.

Ahad lalu, seorang pengguna Twitter, Mohamad Yusof Yahya memuat naik gambar menunjukkan Abdul Hamid di hadapan sebuah gerai menjual sayur.

Yusof memuji sikap rendah diri dan keberanian bekas pemimpin tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kerana tidak segan silu menjual sayur di pasar.

Dalam ciapannya, Yusof berkata ‘adakah orang lain akan berani dan tidak malu untuk melakukan perkara sama seperti Hamid? Dia langsung tidak malu. Salute to you,” katanya.

Yusof juga dalam ciapan lainnya turut menyatakan Abdul Hamid akan duduk minum bersama penduduk di pekan kecil di Lubuk China, Negeri Sembilan, sekali gus menunjukkan dirinya dihormati dan diterima orang ramai.

“Beliau peramah sama seperti masyarakat lain sehinggakan dia sangat disenangi oleh orang sekeliling,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Hamid, semasa masih menjawat jawatan Ketua Polis Negara, pernah menyatakan rasa cintanya pada bidang pertanian termasuk bercucuk tanam selepas sekali gus melakukan aktiviti yang boleh menyihatkan badan.

Abdul Hamid pada masa itu tidak sabar untuk menunggu waktu persaraannya pada Mei tahun lalu, sebelum terus menumpukan sepenuh perhatian pada bidang pertanian di kediamannya di Kampung Panchang, Rembau, Negeri Sembilan.

“Kini sepenuh masa saya boleh bertani, percayalah ia adalah satu perkara yang mendamaikan.

“Saya ambil kesempatan ini untuk menggalakkan semua orang mempelajari asas pertanian kerana ia membina stamina dan mengekalkan minda segar. Ia sangat bermanfaat,” katanya.

kredit: hmetro

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/