“Sesuatu tentang beliau yang…” – Sharnaaz Ahmad Ded4h Perangai Sebenar Amir Raja Lawak- Lubuk Viral

Umum mengetahui pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak menjalankan perniagaan air minuman di jalanan yang dikenali sebagai Air Jagung Amirreka.

Amir turut mendapat pujian peminat yang mengatakan dia tidak mengelvh dalam menjalankan perniagaan jalanan yang mempunyai cab4ran dan kesuk4ran yang tersendiri.

“Berusaha Bila Sus4h”

Perniagaan Amir Raja Lawak turut mendapat perhatian pelakon, Sharnaaz Ahmad menerusi Insta Stories yang berpendapat Amir adalah seorang individu yang sentiasa berusaha apabila dalam keadaan sus4h.

“Sesuatu tentang beliau yang tak ramai orang ada. Berusaha bila sus4h.”Tulis Sharnaaz

Titip Doa Agar Perniagaan Lebih Maju

Tambahnya lagi, Sharnaaz turut menitipkan doa agar perniagaan Amir Raja Lawak agar sentiasa maju sehingga mampu menembusi pasaran yang lebih besar.

“Terus maju Amir. Kami doakan satu hari air jagung hang mampu masuk 7E dan kedai 24 jam..Aminn.”-Titip Sharnaaz

Amir Raja Lawak okay saja

Amir Raja Lawak menerima dengan hati terbuka apabila dia dan pasangan, Nur Intan Syafinaz masih belum dikurniakan cahaya mata biarpun sudah melayari bahtera perkahwinan selama tujuh tahun.

Amir, 34, atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi berkata, dia tetap bersyukur dengan kehidupannya sekarang dan tidak mahu mengambil peduli jika ada yang berkata burvk mengenainya.

“Saya dari dulu memang macam ini. Kalau orang kecam pun saya buat tak tahu je. Orang kata, tak hidup dipuji tak mati dik3ji. Kami tiada tekanan walaupun tiada anak. Saya dan isteri jalani hidup macam biasa saja,” katanya ketika ditemui di sidang media supertele Penanggal Mak Kiah di sini.

Menurut Amir, dia dan isteri tidak pernah patah semangat dan akan terus berusaha untuk ke arah itu.

“Ada juga usaha yang dibuat dari segi perubatan. Urutan badan itu dan rawatan tradisional itu kami ada buat,” katanya.

Ditanya berkenaan pengambilan anak angkat, Amir sama sekali tidak pernah terfikir soal itu kerana menurutnya, banyak risiko yang perlu dihadapi sekiranya berbuat demikian.

“Tak pernah terfikir. Takut kalau ambil anak orang tiba-tiba tak boleh nak teruskan. Kami pula yang akan kena kec4m nanti. Saya fikir belum masanya lagi. Biar semua ada dulu macam kereta dan rumah. Biar betul-betul stabil dulu,” katanya.

Mengulas lanjut perjalanan karier seninya ketika ini, Amir berkata, semuanya masih dalam keadaan baik dan pendapatan yang diterima mampu untuk terus menampung keluarganya.

“Setakat ini alhamdulillah semuanya okay saja. Lagipun isteri saya bekerja dan saya juga ada perniagaan lain. Jadi kedua-duanya bekerja, macam itulah,” katanya.

Amir dan Intan melangsungkan perkahwinan pada 14 Mac 2015.

Sumber : MuraiMy

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/