Nelydia Senrose Dah Tak Pakai Tudung? – Lubuk Viral

Sebelum ini, pelakon Nelydia Senrose dilihat mengenakan tudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah sekitar enam bulan lalu.

Namun, apa yang mengejutkan, dia dilihat tidak lagi mengenakan hij4b ketika sedang bercuti di Bali, Indonesia.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan oleh satu akaun Instagram, Nelydia sedang bersantai dengan ahli keluarganya tanpa mengenakan tudung.

Sebelum ini, imej bertudung Nelydia mendapat pujian ramai, termasuk ketika dia bercuti di Timur Tengah baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @nelydiasenrose

Menerusi laporan media, Nelydia enggan terlalu terburu-buru untuk memberi pengesahan yang dia telah bertudung sepenuhnya.

Katanya, dia memang mahu ke arah itu (bertudung) tetapi tidak mahu bercakap lebih mengenainya.

Sebelum ini, kakaknya, Uqasha Senrose menerima kecaman hebat apabila bertindak membuka tudung selepas memutuskan untuk menutup aurat.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak