Tiada Kelib4t Anak Allahy4rham Mr. Os Di Sepahtu Reunion Live 2022, Ini Penjelasan Jep – Lubuk Viral

Ketiadaan pelawak baharu, Dewa Arteh di episod pertama program, Sepahtu Reunion Live 2022 nyata menimbulkan tanda tanya di hati banyak pihak.

Kelibat Dewa yang juga merupakan pemenang Kasut Emas bagi program realiti Mencari Sepahtu Yang Hilang langsung tidak kelihatan sepanjang episod itu berlangsung.

Bagi menjawab segela kekeliruan, pelawak yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu Jep akhirnya menjelaskan mengenai perkara tersebut.

Menurut laporan Astro Gempak, Jep memaklumkan Dewa sebenarnya hanya membuat kemunculan di Sepahtu Reunion Live pada edisi yang lalu sebagai bonus hadiah kemenangan dan bukannya selaku ahli tetap.

“Sebenarnya kemunculan Dewa di Sepahtu Reunion Live adalah sebagai hadiah kemenangan juara program Mencari Sepahtu Yang Hilang. Itu sahaja yang kita janjikan.

“Jadi kemunculannya setakat itu sahajalah, bukan sebagai kemunculan tetap.

“Penampilannya pada edisi terdahulu adalah sebagai bonus diatas kemenangan. Bila kita mula dengan musim baharu, dia dah tiada,” katanya seperti yang dipetik.

Katanya lagi, perkara ini sebenarnya memang sudah diketahui oleh semua peserta ketika mereka sedang bersaing di produk Mencari Sepahtu Yang Hilang.

“Mereka semua pun tahu tentang perkara tersebut, sebelum bermula program Mencari Sepahtu Yang Hilang pun kita ada maklumkan kepada semua peserta tentang hadiah bonus itu. Jadi jelas di situ,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin turut memberitahu, pada edisi kali ini, Sepahtu Reunion Live 2022 bakal diserikan lagi dengan kehadiran seorang pelawak lagenda bermula minggu hadapan.

“Saya sangat teruja dengan kemunculan seorang lagi lagenda untuk menyertai keluarga Sepahtu Reunion Live musim terbaru ini. Saya merasakan individu individu ini akan banyak membantu kami sepanjang episod.

“Saya dan banyak berkerjasama dengan individu ini dan Alhamdulillah semuanya menjadi. Cuma minggu ini dia tidak dapat hadir bersama kita. Dia akan buat kemunculan minggu depan,” akhirinya.

Terdahulu, Dewa yang juga merupakan anak kepada pelawak lagenda, Mr. Os merupakan pemenang bagi program Mencari Sepahtu Yang Hilang bersama kumpulan Arteh dan turut dinobatkan selaku pemenang kasut emas.

Sekadar informasi, program Sepahtu Reunion Live 2022 bersiaran pada setiap hari Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Kredit Foto: Instagram Dewa Arteh & Jep Sepahtu

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : MH