Tanggung der1ta pakai sarung getah pink! Jari bertukar burvk g4ra-g4ra ‘finger cup’ inai viral, rasa s4kit macam nak putus – Lubuk Viral

GARA-GARA terlupa untuk menanggalkan sarung jari (finger cup) berisi inai, wanita ini terp4ksa menanggung derita apabila jari-jemarinya membengk4k terkena j4ngkitan.

Bercerita kepada mStar, wanita bernama Anis Suraya berkata insiden yang berlaku pada 16 Mei itu terjadi kerana terlalu mengikut trend yang tular di media sosial.

Ujarnya g4dis berusia 25 tahun ini, tujuan asalnya menggunakan sarung jari itu adalah sebagai testimoni terhadap diri sebelum dijual kepada pelanggan.

“Kegunaan alat itu adalah bagi memudahkan pemakaian inai tradisional yang dijual dalam cup tu.

“Saya beli borong finger cup tu secara online sebab tengah viral orang pakai. Jadi saya ingat nak jual sebab dah dapat permintaan pelanggan lain.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya dah siap buat video tutorial lagi malam tu sebab teruja nak jual. Saya bancuh inai tu dan masukkan dalam cup lepas tu terus pakai,” katanya.

Dia sebelum itu berkongsi video tentang hal berkenaan di TikTok.

Bercerita lanjut, wanita yang menetap di Kuala Ketil, Kedah ini berkata pada mulanya dia mahu memakai sarung berisi inai ini selama empat jam sahaja.

Keadaan jari Anis yang bengk4k disebabkan finger cup.

Namun secara tidak sengaja Anis telah tertidur dalam keadaan memakai inai bersama finger cup ini melebihi had masa sepatutnya.

“Saya pakai cup tu dekat semua jari. Saya ada potong sikit bahagian bawah bekas tu sebab agak ketat masa pakai.

“Pada malam kejadian tu saya ingat nak pakai sampai pukul 12 malam saja. Masa tunggu empat jam tu saya terlena. Waktu subuh keesokan hari tu baru tersedar.

“Apabila bangun tu memang dah tak rasa jari langsung. Masa buka finger cup tu jari dah teruk membengk4k. Mungkin sebab panas sangat, jari saya nampak macam mel3cur,” ujarnya.

Keadaan menjadi p4rah apabila setelah dicuci dan dibilas, jari-jemarinya ini menjadi s4kit bagaikan rasa nak putus.

Bahagian kvlit m4ti terkoyak ak1bat bengk4k.

Jelas wanita yang berniaga sendiri ini, dia bergegas ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Apabila check dekat klinik, doktor beritahu jari saya dah terkena alergik sebab bekas inai tu. Ada kesan lingkaran gelap ak1bat cengkaman dengan bekas tu pada ibu jari belah kanan dan jari telunjuk belah kiri.

“Lepas tiga hari, ibu jari ni macam berd3nyut jadi saya pergi klinik semula. Doktor beritahu saya dah terkena j4ngkitan sebab finger cup tu sekat d4rah daripada mengalir sebab tu bengk4k. Masa tu jari dah jadi dua kali ganda besar dari saiz asal sebab bengk4k.

“Jari yang dah mula membengk4k tu jadi makin teruk. Kvlit mati pun dah terk0yak sampai nampak isi warna merah.

“Lepas seminggu, kulit yang terkopak terp4ksa dipotong. Hanya tinggal isi yang dah bertukar warna hitam.

“Doktor ada cakap nasib baik tak ada kencing manis. Kalau tak, memang dah potong jari ni,” jelas Anis.

Anis bekerja sendiri dan menetap di Kuala Ketil, Kedah.

Setelah lebih seminggu Anis berdepan dengan situasi menger1kan ini, jarinya kini semakin pvlih setelah disapu krim antibiotik namun masih perlu ke klinik secara berkala.

Bagaimanapun ibu jari Anis sehingga kini masih tidak boleh dibengkokkan disebabkan keadaan kulit terkopek sudah menjadi kvdis.

Berikutan video yang tular di TikTok, Anis menegaskan bahawa masalah ini bukanlah disebabkan inai yang dipakai seperti sangkaan sesetengah para warga maya.

“Doktor beritahu kalau alahan ini sebab inai mesti kuku pun akan tercabut sekali dengan kvlit. Ni semua memang kesan daripada pakai finger cup saya beli tu.

“Saya terus buang ke dalam tong sampah. Saya rela tanggung kerugian daripada biarkan pelanggan yang nak cuba bekas ni alami nasib sama macam saya,” ujar Anis.

Komen netizen:

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar