Kakak ralat abai call sebab ingat ‘orang nak k4cau’, rupanya berita kem4tian! Baru faham maksud kata-kata arw4h ‘dah tak nak pakai baju raya’ – Lubuk Viral

TIADA siapa pernah bersedia untuk kehilangan insan tersayang apatah lagi jika melibatkan ahli keluarga sendiri.

Begitulah yang dialami wanita ini, Nornatasha Khairul Anuar apabila mendapat satu panggilan mengenai berita kem4tian adiknya, Muhammad Zulhelmie Khairul Anuar, 17, atau lebih dikenali dengan panggilan Dikjun pada 24 Mei lalu.

Nornatasha atau mesra disapa Tacaa berkata, dia tersedar apabila menerima satu panggilan telefon pada pukul 5.55 pagi namun tidak mengendahkannya setelah melihat panggilan tersebut datangnya dari nombor yang tidak dikenali.

Selang beberapa minit kemudian, anak sulung daripada lima beradik ini menerima satu lagi panggilan daripada adik ketiga, Nur Elya Natasha Khairul Anuar, 18, atau Yaya menyatakan bahawa Dikjun telah men1ngg4l dvnia.

“Waktu subuh tu ada nombor tak kenal call saya. Saya tengok saja tak angkat sebab nombor tak save jadi saya memang ingat orang luar saja k4cau. Lepas tu masuk panggilan dekat WhatsApp daripada Yaya, dia beritahu Dikjun dah men1ngg4l dvnia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya buka mesej dekat WhatsApp tengok pukul 4.30 pagi tu rupanya Yaya dah beritahu yang Dikjun kemal4ngan. Saya sangat terkejut dan sed1h pagi tu bila baca mesej yang dihantar.

“Saya terus bersiap untuk pergi hospital. Masa tu saya ada dekat Penang, tak duduk serumah dengan famili sebab kerja dekat sini,” jelasnya yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat di Pulau Pinang.

Menurut wanita berusia 23 tahun ini lagi, berita mengejut mengenai kem4tian Dikjun bagaikan satu mimpi ng3ri buat dirinya.

Tangkap layar berita kem4tian yang disampaikan oleh adiknya Yaya.

Terkilan dengan apa yang berlaku, Tacaa yang merupakan anak jati Pulau Pinang memperincikan bagaimana Dikjun terbabit dengan kemal4ngan.

“Dikjun men1ngg4l sebab j4tuh motosikal terlanggar tali pengikat barang digunakan oleh pemandu lori atas highway.

“Malam kejadian tu dia dengan lima lagi kawan yang lain dalam perjalanan nak pulang ke rumah menaiki motosikal. Dikjun naik motosikal sendirian masa dia terl4nggar tali tu.

Dikjun alami kemal4ngan jalan raya pada 24 Mei 2022.

“Lepas dia dah tertiarap dekat jalan, kawannya yang naik motosikal membonceng dua orang tu tak sempat nak elak jadi mereka j4tuh sekali rempuh arw4h. Masa jen4zahnya dibawa pulang untuk dikebvmikan, tak sangka ramai kawan dia termasuk cikgu dah tunggu dekat rumah,” imbas Tacaa mengenai kem4tian Dikjun.

Sejurus kemalangan meragut nyawa di Bukit Merah, Perak, itu, jelas Tacaa, terdapat beberapa anggota p0lis yang kebetulan melalui kawasan kejadian telah membuat panggilan kecem4san kepada pihak ambulans.

Dikjun bagaimanapun tidak dapat diselamatkan dan disahkan telah men1ngg4l dvnia pada jam 5.25 pagi di Hospital Parit Buntar, Perak.

Menurut Tacaa, dia bukan sahaja terkilan kerana terlewat mengetahui berita kem4tian malah berasa sedikit ralat apabila mengenangkan permintaan arw4h yang tidak dapat ditunaikan.

“Saya rapat dengan Dikjun masa dia kecil saja sebab ingatkan dia akan jadi anak bongsu, rupa-rupanya ada adik kecil lelaki seorang lagi. Masa dia kecil dulu saya selalu bawa dia bersiar-siar makan angin waktu petang pusing kampung naik motosikal.

“Tapi bila ingat balik, saya menyes4l sebab waktu raya dia ada minta saya duit nak beli baju Melayu. Saya tak belanja waktu tu sebab mak dah bagi masing-masing duit untuk beli baju raya.

“Dia ada beli baju raya sendiri tapi saiz baju tu tak ngam dengan badan dia. Mak pun ada tegvr dia beli baju saiz kecil nanti tak sempat nak pakai Raya Haji. Lepas tu arw4h beritahu dia memang tak nak pakai dah. Tak sangka memang betul dia tak boleh pakai dah untuk raya nanti,” katanya.

Perkongsian video di TikTok mengenai panggilan tidak berjawab setelah kem4tian adiknya telah meraih hampir 2 juta jumlah tontonan.

Tacaa merupakan anak sulung daripada lima beradik.

Netizen turut melu4hkan rasa sedih malah isu mengenai panggilan penting tidak berjawab ini menjadi perdebatan di ruangan komen.

“Tu pentingnya angkat call, walaupun nombor tak kenal takut benda penting macam ni, sejenis famili saya yang tak suka angkat call pun ger4m juga.

“Kalau dapat call dari nombor tak kenal pagi-pagi buta ni la paling takut nak angkat. Kadang orang nak k4cau pagi buta. Paling-paling ada berita tak elok,” antara komen netizen.

Ramai yang hadir ke rumah Tacaa untuk menziarahi arw4h Dikjun.

Dalam pada itu, Tacaa menjelaskan bahawa panggilan daripada nombor tidak dikenali itu merupakan nombor terkini milik Yaya.

Atas sebab kerap menukar nombor telefon, Tacaa tidak menyimpan nombor baharu adiknya sebagai kenalan dalam telefon bimbit.

Komen netizen:

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar