“Moga Allah angkat doa kita semua untuk isteri saya Jasmin Hamid”Jasmin Hamid masuk CCU akibat ser4ngan j4ntung

PELAKON Jasmin Hamid kini sedang menerima rawatan di unit penjagaan kritikal (CCU) sebuah pusat perubatan akibat serang4n j4ntung.

Berita tersebut dikongsi sendiri oleh suami kepada aktres itu iaitu Nazmir Abd Rahi yang membuat satu hantaran di laman Instagram milik Jasmin pada Rabu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

“Sekarang dia berada CCU kerana ser4ngan j4ntung semalam (Selasa),” tulisnya.

Nazmir turut memaklumkan pelakon usia 48 tahun itu mempunyai sejarah penyakit j4ntung dalam kalangan keluarga.

Tekanan darah dan degupan jantung Jasmin juga dikatakan rendah dan pihak hospital memberi rawatan untuk mengepam darah ke bahagian jantung.

“Keluarga dia ada sejarah sakit jantung.

“Tekanan darah dan degupan jantung agak rendah dan doktor terpaksa memberi ubat untuk pam darah ke jantung.

“Mohon panjatkan doa untuk panjangkan usianya dan diberikan kesembuahn seperti biasa,” ujarnya.

mStar cuba menghubungi wakil keluarga Jasmin namun tiada sebarang jawapan.

Untuk rekod Jasmin dan Nazmir, 36, mendirikan rumah tangga November tahun lalu.

Komen : 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar