“run bestie..run.” – Ini Reaksi Netizen Bila Lucinta Luna Berhajat Jumpa Aeril Zafrel – Lubuk Viral

Kedatangan selebriti kontroversi dari Indonesia, Lucinta Luna ke negara kita baru-baru ini sememangnya mencvri tumpuan netizen.

Lucinta atau nama sebenarnya Muhammad Fatah dilihat meluangkan masa bersama usahawan terkenal Datuk Seri Vida (DSV) di sebuah pusat beli belah terkemuka di ibu kota.

Malah, DSV juga ada berkongsi beberapa video bersama Lucinta menerusi platform media sosialnya.

Antara yang menarik perhatian, Lucinta ‘ber4ni m4ti’ mengatakan bahawa dia menyukai aktor kacak Aeril Zafrel. Bukan itu sahaja, dia juga meminta DSV untuk memperkenalkannya kepada suami pelakon Wawa Zainal itu.

“Yela Datuk, saya pulang tapi kembali lagi nanti, tapi kenali dulu saya sama Aeril Zafrel. Saya suka sangat sama dia,” katanya kepada DSV. “Aeril Zafrel yang mana satu ya?” balas DSV. “Aeril itu sudah punya seorang perempuan, aku suka sama dia,” jawab Lucinta.

Berdasarkan perbualan dalam video yang dikongsi di TikTok itu, DSV menasihati Lucinta untuk tidak bermain-main kerana Aeril adalah suami orang dan beliau tidak mahu masuk campur.

Lantas selepas itu, Lucinta masih yakin bahawa jika dia bertemu Aeril, pelakon itu juga bakal menyukai dirinya.

Mengintai ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon berbeza. Ramai juga yang bergurau meminta Wawa Zainal ‘selamatkan’ suaminya terlebih dahulu.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang mencadangkan DSV memperkenalkan Lucinta kepada bekas pembantu peribadinya, Iqbal Zulkefli.

Terdahulu, Lucinta juga pernah meluahkan hasratnya untuk berpindah ke Kuala Lumpur. Namun menerusi tinjauan Murai, ramai juga netizen yang kurang bersetuju dengan perkara tersebut.

Sumber: murai.my

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendinggiler.pw/