Roy Azman Jumpa Hamid Gurkha, Tapi Ada Perkara Buat Dia Naik Hairan – Lubuk Viral

” Dia tidak mahu susahkan kami, selagi boleh bangun bergerak dia usahakan sendiri…”

Itu luahan isteri kepada Hamid Gurkha yang menceritakan keadaan terkini pelawak lagenda itu yang mahu berdikari meskipun usia sudah mencecah 90 tahun.

Timah Abdul Hamid, 80 atau Mak Timah berkata, semangat dipamerkan oleh Hamid Gurkha menjadi sumber kekuatan isteri dan anak-anaknya sehingga kini.

Malah Mak Timah berkata, jati diri sebagai bekas anggota tentera, menjadikan Pak Hamid tidak putus asa walaupun semakin uzur.

Dia kuat semangat sebab dia bekas tentera…

Sama ada solat, berjalan di laman rumah, makan atau ke bilik air, semuanya Pak Hamid mahu lakukan sendiri, namun Mak Timah dan anak-anak tetap memantau dan membantu.

” Pak Hamid hanya sakit COV!D.I9 dan sak1t tua. Tetapi dalam keadaan sak1t pun boleh ke bilik air sendiri, hendak dipimpin dia tak bagi walaupun selalu jatuh tersungkur.

” Dia kuat semangat sebab dia bekas tentera, semangat dia memang kuat walaupun dalam keadaan sak1t. Dia tidak mahu susahkan kami, selagi boleh bangun bergerak dia usahakan sendiri.

” Kalau dia tidak boleh tidur malam, dia kawad ringkas untuk lancarkan perjalanan darah dan keluarkan peluh.

” Apabila penat dia akan tertidur sambil kami picit kakinya,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Sri Andalas di sini, kelmarin.

Timah berkata, selain solat, Pak Hamid akan bangun bersahur serta berpuasa seperti biasa. Malah, mahu membuat pelbagai kerja termasuk mengemas rumah.

Roy Azman Hairan Pak Hamid Tak Dapat Pengiktirafan

Dalam pada itu, pelakon Roy Azman turut berkesempatan melawat Hamid Gurkha di rumahnya

“Alhamdulillah. Sihat2 aje Pak Hamid (heran jugak napelah dia xdpt ‘pengiktirafan’ apa2…dah laa lama dlm industri, bekas askar plak tu. Xpelah Pak Hamid..yg lebih penting org doakan kesejahteraan Pak Hamid dunia akhirat..Aamiin)” tulis Roy Azman

Reaksi netizan

” Betul tue Tuan..ramai pelakon² lama yg x dpat pengiktirafan…dipinggir begitu shj..lebih menghargai pelakon sebrang tambak …dan pelakon² baru…yg adakalanya suam² kuku…klau nak dikira bkan Pak Hamid shj…Badol pun blum dpat apa² pengiktirafan…semoga Pak Hamid sentiasa sihat..dan dipermudahkan segala urusan..”komen Shukri Yahya

” Semoga Pak Hamid cepat sembuh dan di permudahkan segala urusan..lakunan paling legend dari Pak Hamid yang paling saya suka ..Filem…Aku Yang Berhormat”-Komen Ayu

Esok bila aku sudah tidak mampu…

” Alhamdulillah syukur (bila melihat semangat dia masih kuat sampai hari ni). Anak-anak juga sentiasa mendoakan bapanya agar sentiasa sihat.

” Semangat yang ada pada Pak Hamid membuatkan saya dan anak-anak kuat semangat dan sentiasa mendoakan Pak Hamid.

” Dia pun selalu sangat cakap, tidak mahu susahkan orang selagi dia terdaya dan mampu buat.

” Dia kata ‘esok bila aku sudah tidak mampu, terpulanglah kepada kamu semua’,” katanya.

Sementara itu, Hamid Gurkha turut melahirkan kesyukuran kerana masih ramai yang mengingati, menziarahi dan mendoakan kesihatannya.

Walaupun mempunyai msaIah pendengaran, Hamid dapat menjawab pertanyaan wartawan dengan baik dan ceria.

” Kalau raya, saya makan saja apa yang dimasak isteri dan anak-anak. Semua makan, tiada makanan kegemaran khas. Apa yang saya hendak makan, saya makan.

” Alhamdulillah, saya sihat. Boleh bangun, boleh berjalan, boleh solat. Ramai juga datang beraya tetapi saya tidak pergi beraya… Doakan saya iya,” katanya mengakhiri perbualan.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Prof Dr Md Nasir Ibrahim menziarahi Hamid dan menyerahkan sumbangan pada program ziarah Finas.

” Kunjungan ke rumah Pak Hamid ini adalah sebahagian lawatan saya mewakili Finas untuk menghargai dan mengiktiraf pelakon veteran yang banyak memberi sumbangan kepada industri.

” Selain menyantuni untuk bertanya khabar serta melihat keadaan semasa mereka, Finas peka dengan keadaan artis veteran sekarang,” katanya.

Antara babak lakonan Pak Hamid yang masih di ingati sehingga kini

Media sebelum ini melaporkan keadaan Hamid hanya terlantar atas katil selepas diuji j4ngkitan C0v!d.19, dua bulan lalu.

Namun, bintang yang mula dikenali menerusi filem Panglima Badol pada 1978 tidak mengalami pnyak1t kr0nik, sebaliknya hanya msaIah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun.

Hamid dan Timah mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya matanya, namun dua daripadanya meninggI dnia.

Hamid kali terakhir berlakon menerusi filem Superbike The Movie bersama Kamal Adli, Shiqin Kamal dan Fizo Omar pada 2019.

Anak tidak menggalakkan Hamid berlakon berikutan msaIah pendengaran dihadapi biarpun penglihatan masih baik untuk membaca skrip.

Menyertai pasukan tentera

Namun, tahukah anda? ketika negara masih di bawah penjajah, beliau memilih untuk menyertai pasukan tentera (RAMD – Rejimen Askar Melayu DiRaja) selama tujuh tahun, bermula pada tahun 1950.

Menurutnya, beliau masih terkenang lagi bagaimana peristiwa di Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 sewaktu balai polis di bukit itu telah diser4ng 180 pengganas komunis.

Beliau yang pada ketika bersama pasukannya ingin menghulurkan bantuan, namun tidak kesampaian ekoran laluan perhubungan antara mereka telah dipotong oleh komunis.

Sehinggalah ke hari ini setelah lebih 25 tahun bergiat dalam dunia seni, beliau masih tidak boleh melupakan persitiwa itu yang mana hanya mereka yang berada di waktu itu sahaja memahami kesusahan dijajah orang luar.

Banyak jasa dalam keselamatan dan dunia hiburan. Tak dapat Datuk pun.. Tapi beliau merupakan penerima Pingat Jasa Malaysia!

10 fakta menarik tentang Hamid Gurkha

1) Dilahirkan pada 22 Ogos 1933, Hamid Gurkha pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

2) Pak Hamid membersar ketika negara masih lagi di bawah penjajah British, beliau menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun (1950-1957) .

3)Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.

4) Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

5) Pada era 80-an, filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat.

6) Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toy0l (2011).

7) Hamid Gurkha mula dikenali melalui filem Panglima Badol pada 1978 dan masih aktif dalam bidang seni. Sehingga kini, Pak Hamid masih tertanya-tanya, bagaimana dia boleh bergelar seorang pelawak kerana perkara itu tidak pernah dibayangkan sebelum ini.

8) Sebelum menyertai pertandingan Bintang Radio RTM, Pak Hamid pernah menyertai pentas kampung untuk membuat persembahan sambutan hari raya dan sebagainya. Ketika itu, niatnya hanya sekadar untuk memenuhi masa lapang dan melampiaskan minat dalam dunia seni. Memang dari bangku sekolah lagi, saya sering buat lawak dengan kawan-kawan.

9) Beliau mengakui peminat biduan agung Tan Sri P. Ramlee dan selalu menyanyikan lagu-lagunya.P Ramlee banyak memberi tunjuk ajar.

10) Pada tahun 2014, beliau telah menerima penghargaan khas atas sumbangan beliau dalam dunia lawak jenaka tanahair di Anugerah Lawak Warna ke-2. Beliau menerima anugerah tersebut bersama rakan karib, Datuk Jamali Shadat.

Sumber:hmetr0 dan wikipedia

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://trendingsangat.pw/