Padam Video Lamaran, Mas Khan Sudah Putvs Dengan Diana Nasimuddin? – “Jika Seseorang Itu Serius Untuk Berada Dalam Hidup Anda..”

Pelakon Mas Khan mengundang tanda tanya wargamaya apabila berkongsi luahan hati yang menunjukkan seolah-olah dia sedang berdepan kekec3waan.

Menerusi laman sosial Instagram, Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzhir Khan Mas Fadzillah Khan, 28, berkongsi luahan tersebut di ruangan kapsyen.

“Jika seseorang itu serius untuk berada dalam hidup anda, orang itu akan berusaha untuk melakukannya. Tiada alasan.

“Saya memencilkan diri saya, saya tiada motivasi diri, saya fikir tentang segala perkara neg4tif yang boleh berlaku.

“Saya beri kesakit4n pada diri saya, fikir yang saya layak untuk perolehinya.

“Saya tak pasti kenapa saya lakukan semua itu tapi itulah diri saya sekarang ini,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mas Khan (@maskhan_)


Memerusi pemerhatian Gempak di IG milik Mas, dia sudah memadam banyak foto dan video melamar kekasih hati, ahli perniagaan, Diana Nasimuddin, 40 tahun.

Malah di Instagram milik Diana juga, banyak foto-foto bersama Mas juga sudah dipadam.

Namun kedua-duanya masih mengikuti akaun Instagram masing-masing.

Sementara itu di ruangan komen perkongsian tersebut, ramai wargamaya memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat Mas yang seperti berada di dalam fasa kesedihan.
Pada 12 Disember lalu, Mas berkongsi video kejutan melamar Diana beserta tanda pagar #roadtohalal.

Malah, Mas pernah memaklumkan Diana menepati kualiti seorang wanita yang dicarinya selama ini.

Sekadar info, Diana atau nama sebenarnya Nur Diana Nasimuddin merupakan anak kepada ahli perniagaan automotif terkenal, Allahy4rham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin.

Komen : 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*