“Bila Ingat Balik Memang Nak Mengalir Air Mata…”- Nabila Razali Ded4h Kisah Putus Cinta Dengan…- Lubuk Viral

Penyanyi Nabila Razali akui pernah melalui satu episod paling tr4gis dalam hidupnya apabila ditinggalkan kekasih tanpa khabar berita.

Nabila atau nama penuhnya Nur Nabila Mohd Razali, 29, memberitahu pengalaman putvs cinta itu membuatkannya masih ‘terlvka’ apabila mengingatkannya kembali.

“Kisah putus cinta ini berlaku masa sebelum saya jadi artis lagi. Saya ada menjalinkan hubungan dengan seseorang…ia tak lama dalam setahun.

“Namun saya kec3wa kerana ditinggalkan tanpa khabar berita dengan agak lama sehingga membuatkan saya ketika itu tertanya-tanya sama ada hubungan kami masih berterusan atau tidak.

“Rupanya punca ia putus kerana orang ketiga. Bila ingat kembali memang nak mengalir air mata,” katanya kepada Astro Gempak.

Nabila ditemui ketika pelancaran novel pertamanya berjudul Kerana Cinta Itu Ada di kedai buku Bookxcess, MyTown, semalam.

Meskipun kini masing-masing membawa haluan masing-masing namun Nabila akui dia masih tidak boleh melupakan pengalaman cinta yang ‘menyakitkan’ itu.

“Tapi ia sudah berlalu dan masing-masing sudah pun membawa haluan sendiri. Saya pun sudah ‘move on’.

“Sekarang ini lvka mungkin sudah sembuh, namun parutnya masih ada. Tapi saya tidak pun menyimpan rasa d3ndam, cuma saya masih tidak boleh ‘duduk semeja’ lagi dengan si dia,” katanya.

Biarpun ia sudah lama berlalu, Nabila masih lagi tidak memikirkan soal cinta kerana mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap kerjaya seni.

“Sekarang ini saya hanya fokus pada kerjaya. Banyak perkara yang ingin saya uruskan selain daripada memikirkan tentang cinta,” tegasnya.

Nabila melancarkan buku Kerana Cinta Itu Ada yang ditulis oleh novelis popular Sophilea sebagai meneruskan kesinambungan lagu Putus ciptaannya sebelum ini.


Penyanyi yang popular dengan lagu Peluang Kedua itu mendedahkan hampir 50 peratus kisah dari novel itu merupakan kisah dari pengalaman cinta sebenarnya.

“Idea terbitkan novel ini terdetik selepas kita terfikir apa merchandise atau hadiah yang ingin kita berikan kepada peminat atas tanda penghargaan mereka menyokong kerjaya saya. Selalunya baju T-Shirt atau sebagainya sahaja kali ini tampil dengan kelainan iaitu novel.

“Novel Kerana Cinta Itu Ada dihasilkan daripada idea asal oleh saya sendiri. Saya guna pengalaman sendiri dan tidak mencipta idea baharu yang tidak saya alami.

“Boleh dikatakan 50 peratus cerita dalam novel ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kisah percintaan saya,” beritahunya.

Selain novel, Nabila juga merancang untuk mengadaptasikan karya tersebut kepada sebuah drama selepas ini. Novel Kerana Cinta Itu Ada diedarkan oleh Mask Team dan boleh didapati secara dalam talian bermula 14 Mac dengan harga RM35 bagi Semenanjung Malaysia, manakala RM38 di Sabah dan Sarawak.

Novel ini juga bakal berada di kedai buku seluruh Malaysia dalam masa terdekat.

 

 

 

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Sumber