Lelaki tengk1ng pekerja McD mohon maaf, tak tunjuk diri bimbang body sh4ming, ganggu kesihatan

TINDAKAN seorang pelanggan yang meninggikan suara terhadap petugas kaunter pandu lalu (drive-thru) restoran McDonald’s menyebabkan dia tervk dikec4m sejak Ahad lalu.

Lelaki yang menggunakan nama Jue Andika Suria itu bagaimanapun tampil berkongsi kenyataan permohonan maaf menerusi satu video di saluran YouTube miliknya pada Isnin.

Menurut pelanggan tersebut, dia juga sudah menghubungi kakitangan restoran makanan segera itu untuk meluahkan rasa kes4l atas tindakan yang dilakukannya.

“Pada hari ini saya Jue Andika, telah menghubungi pekerja dan pengurus restoran makanan segera McDonald’s yang berkenaan, bagi menyatakan kekesalan terhadap kelakuan saya seperti di dalam video yang telah tular di Twitter.

“Saya berjanji tidak akan mengulangi kesalahan tersebut di masa akan datang. Saya juga mengakui bahawa saya terlalu bertindak mengikut emosi semasa kejadian tersebut,” ujarnya.

Jelas Jue Andika, dia juga memilih untuk memuat naik video permohonan maaf dalam bentuk teks dan enggan menunjukkan wajah serta fizikalnya kerana bimbang menjadi mangsa hin4an orang ramai di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya juga ingin memohon maaf kepada semua kerana saya tidak dapat menyediakan video untuk permohonan maaf ini, kerana bimbang akan wujud body sh4ming terhadap saya yang akan mengganggu emosi dan kesihatan saya.

“Sesungguhnya kenyataan permohonan maaf ini tulus dan ikhlas dari hati saya yang teramat merendah diri, yang paling lemah saat ini, yang paling h1na sekali,” tulisnya lagi.

Setakat pagi Selasa, video itu menerima lebih 26,000 tontonan.

Menerusi Facebook, pemuda itu turut memaklumkan bahawa dia didiagnos dengan penyakit kemurung4n iaitu Major Depr3ssive Disorder (MDD) sejak tahun 2011.

Sesungguhnya kenyataan permohonan maaf ini tulus dan ikhlas dari hati saya.

JUE ANDIKA SURIA

Sebelum ini video memaparkan pemuda itu men3ngking pekerja restoran tersebut tular di media sosial sehingga dia dihujani kecam4n ramai.

Dalam video tular itu, dia kelihatan berang selepas diajukan soalan berulang oleh pekerja berkenaan bagi mendapatkan kepastian mengenai pesanan yang dibuat olehnya.

Video itu dipercayai dirakam sendiri oleh pelanggan berkenaan dari dalam keretanya sebelum ia dikongsi ke aplikasi TikTok.

Rakaman tersebut bagaimanapun ‘lesap’ selepas empunya badan dikec4m netizen sehingga dia turut meletakkan akaun TikTok miliknya dalam mod privasi.

mcd1

Ciapan restoran tersebut menerusi Twitter dipercayai ada kaitan dengan kejadian berkenaan.

Malang menimpa lelaki tersebut apabila ada netizen yang sudah memuat turun video tersebut sebelum ia disebarkan semula ke platform Twitter.

Rata-rata netizen mengecam pelanggan itu yang disifatkan biadab dan tidak bertimbang rasa terhadap pekerja restoran.

Dalam pada itu, akaun Twitter rasmi @McDMalaysia pada Isnin turut memuat naik satu ciapan, seolah-olah ada kaitan dengan insiden berkenaan.

“Saje nak cakap… memang bukan mudah dan bukan calang-calang orang boleh kerja drive-thru McD.

“Panas sikit sejak-dua menjak ni,” tulis pengendali akaun berkenaan di Twitter sehingga meraih lebih 3,000 ulang kicau (Retweet).

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mstar