“Saya Sayang,”- Madu Zarina Zainuddin Hadiahkan Gelang Berlian Mewah. Skali Komen Iesya Toh Jdi Tumpuan!- Lubuk Viral

Pelakon dan usahawan pulut kuning terkenal, Zarina Zainuddin mengucapkan terima kasih pada madunya Datin Seri Noorhasimah kerana menghadiahkan set gelang tangan berlian yang mewah kepadanya sebagai hadiah lahir lahir.

2 Tahun Simpan Hadiah Pemberian Madu

Menerusi muat naik Zarina di Instagram nya, pelakon ini mendedahkan sebenarnya hadiah tersebut diterimanya pada dua tahun lalu sebagai hadiah hari kelahiran. Disebabkan rasa sayang nak pot.ong dan memakai gelang mewah tersebut, pelakon ini membuat keputusan untuk menyimpannya.

Namun setelah dinasihati suaminya Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar, akhirnya Zarina membuat keputusan untuk memotong set gelang tersebut dan baki selebihnya dijadikan cincin.

Foto – Instagram @zarinazainuddin_

“Terima kasih maduku Datin Seri Noorhasima bagi hadiah set gelang berlian..

Sebenarnya gelang ni lama dah saya dapat masa hari lahir saya 2 tahun lepas..

Saya sayang nak po.tong.. Saya simpan lama-lama suami saya tak baik simpan kakak dah bagi tu pakailah..

Baru ni saya  pergi po.tong lebihnya saya buat cincin.. Saya ni bukan jenis suka barang kemas..

Saya rimas lagi pun tangan dah berkedut kulit gelap pakai pun segan.. Saya pakai bila semalam ada ‘function’ tu jer.. Kalau jam saya suka..

Terima kasih Datin Seri barang mahal mahal ni takut nak pakai.. Madu saya cantik kulit putih mele.pak pakai barang ke.mas pun nampak manis.. Saya bila pakai hihihi syo,k sendiri jer

#kauadomadubagiberlian” tulisnya

Komen Iesyatoh jadi tumpuan

Rakan Artis Dan Netizen Luah Rasa Kagum

Melihat perkongsian pelakon veteran itu di media sosial, ramai peminat dan rakan artis membanjiri ruangan komen dengan mengatakan rasa kagum mereka terhadap hubungan yang terjalin antara Zarina bersama madunya itu.

Foto – Instagram @zarinazainuddin_

“Alhamdulillah madu baik. Awak tu Allah jadikan cantik. Jangan terlalu merendah diri dan terlalu merasa diri tak cantik. Semua ciptaan Allah cantik.” Ujar Fauziah Nawi

“Sebab kak @zarinazainuddin menghormati isteri pertama dan menjaga maruah suami sebaiknya. Akak pun tak pamerkan kemewahan. Sedangkan akak mampu. Tu yang buat isteri pertama makin lembut hati dan terima akak dan anak-anak sebaiknya” Kata Iesya Toh

“Semoga kak Ina dan Datin Seri menjadi suri tauladan buat madu-madu terutama isteri kedua di luar sana. Kak Ina orang yang hebat kerana sentiasa sedar kedudukan dan mengharmonikan suasana. Syabar” Komen salah seorang warganet

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Muraimy, newzpower