Beberapa kali putus cinta, Luna Maya akui kembali berhubung dengan Ariel

PELAKON dan model Luna Maya memberitahu dia pernah menyimpan perasaan mar4h dan dend4m terhadap bekas kekasihnya Ariel yang juga merupakan vokalis kumpulan Noah.

Bagaimanapun itu adalah kisah lama antara mereka. Kini kedua-dua telah berbaik dan saling berhubung.

“Kami bercinta dalam tempoh masa yang panjang. Banyak sejarah antara kami. Pernah ada rasa mar4h dan menyimpan dend4m padanya.

“Sekarang kami dalam fasa hubungan yang baik. Kami selalu berbual dan bertanya khabar,” kata Luna.

Dalam masa sama, Luna juga tidak menolak jika terbit semula rasa cinta atau jodoh menemukan mereka nanti.

Akui hubungan dengan Ariel kini semakin baik

Luna tidak menolak jika Ariel adalah jodohnya

“Saya tidak tahu soal jodoh. Dahulu saya pernah katakan tidak mahu bersama Ariel kerana terlalu mar4h.

“Untuk kembali bersama mestilah kedua-duanya setuju. Kami belum ke arah itu,” jelasnya.

Bercakap tentang kisah cinta sebelum ini, Luna memberitahu dia sering salahkan diri sendiri apabila hubungan yang terjalin tidak bertahan lama.

“Adakah saya terlalu memilih? Ada mana-mana ibu bapa yang mahu anaknya bercinta dengan saya?

luna 3

Bagi Luna lebih baik putus cinta dari bermasalah selepas berkahwin

“Apabila difikirkan semula, saya anggap tiada jodoh. Bukan salah saya, bukan salah pasangan atau ibu bapanya.

“Saya tidak kisah jika orang bertanya. Tidak semestinya perlu ikut cakap orang.

“Jika bercinta saya lebih senang kenal dahulu. Lebih elok hubungan tidak menjadi ketika bercinta dari berpisah selepas berkahwin,”ujarnya. –KOMPAS

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: mstar