“Datuk Seri tanya potong rambut kat mana?” – Mungkin momen sekali seumur hidup! Pelajar terg4mam Menteri Kanan Pertahanan ikat tali kasut – Lubuk Viral

TINDAKAN spontan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin mengikat tali kasut seorang pelajar yang berada di atas pentas dalam satu majlis mencvri tumpuan.

Video momen yang mungkin berlaku sekali seumur hidup buat pelajar bertuah itu turut dikongsi Hishammuddin menerusi laman sosial beliau.

“Adik Adib datang Kementerian Pertahanan hari ini. Dari Kuala Kubu Bharu.

“Kemas, segak. Cuma tali kasut nak terlerai masa naik pentas.

“Tak pe. Biar Menhan (Menteri Pertahanan) betulkan. Jumpa lagi Adib.

“Belajar rajin-rajin. Stay safe. Saya doakan berjaya dunia akhirat!” tulis Hishammuddin.

Ternyata momen yang cukup bermakna tu tidak pernah dijangka oleh Adib Haqiem Mohd Khalid yang berusia 16 tahun.

Bercakap kepada mStar, pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMTKKB) itu berkata, sehingga kini dia sukar untuk mempercayai apa yang berlaku di pentas ketika berlangsungnya majlis di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, pada Isnin.

“Saya terh4ru dan terkejut. Macam tak percaya, tapi pada masa sama saya berasa amat bangga, memang akan simpan baik-baik kasut tu.

“Datuk Seri sempat beri pesanan supaya saya belajar rajin-rajin.

“Terima kasih Datuk Seri ikatkan tali kasut saya. Dan saya akan ingat pesanan Datuk Seri untuk belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berjaya,” katanya ketika dihubungi.

menteri ikat tali kasut 2

Adib (kanan) bersama ibu di majlis di Kementerian Pertahanan.

Pada Isnin, pelajar yang lebih mesra disapa Adib hadir bersama ibunya ke Kementerian Pertahanan bagi menerima sumbangan peralatan persekolahan kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan warga awam kementerian itu.

Anak kelahiran Kuala Kubu Bharu itu turut berkongsi momen sewaktu berada di atas pentas bersama ibunya berusia 53 tahun dan bertemu Hishammuddin.

Terima kasih Datuk Seri ikatkan tali kasut saya. Dan saya akan ingat pesanan Datuk Seri untuk belajar rajin-rajin dan menjadi orang yang berjaya

ADIB HAQIEM MOHD KHALID

“Datuk Seri ada tanya rambut saya potong kat mana? Tapi entah kenapa, masa tu saya speechless, terg4mam nak jawab soalan Datuk Seri.

“Sebenarnya saya potong rambut kat kedai biasa-biasa je di Rawang, Selangor. Tapi kalau Datuk Seri sudi, boleh je saya tunjukkan kedai tu,” ujarnya.

menteri ikat tali kasut 5

Adib mahu mengikut jejak langkah arwah bapa sebagai anggota tentera.

Adib yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu juga mahu mengikut jejak langkah arw4h bapanya menjadi anggota tentera.

“Cita-cita saya nak jadi askar, macam arw4h ayah. Arw4h ayah, mak dan keluarga adalah sumber inspirasi saya untuk berjaya. InsyaAllah saya akan buktikan,” katanya sambil menambah bapanya men1ngg4l dvnia ak1bat s4kit j4ntung ketika usia 47 tahun, pada 2011.

Sikap merendah diri Hishammuddin bukan perkara baharu kerana beliau sebelum ini juga pernah membetulkan tali kasut seorang pelajar lain dalam satu majlis.

Aksi spontan Ahli Parlimen Sembrong itu yang begitu mesra dan ramah serta mudah didekati membuatkan ramai menyifatkan beliau sebagai pemimpin berjiwa rakyat.

Komen netizen:

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: Mstar