Jawapan “Safe” Shuib Tolak Cinta DSV Memang ‘Win’, Pandai Jaga Hati. – Lubuk Viral

Selepas mengakui sedang mengenali hati budi seseorang, pelawak dan usahawan Shuib mended4hkan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bukan individu yang dimaksudkan.

Memetik laporan Harian Metro, pemilik nama Shahmira Muhamad itu berkata, namun dia tetap selesa berkawan dengan Vida atas urusan bisnes yang dijayakan sejak arw4h isterinya Siti Sarah masih ada.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain tapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan. 
“Jadi tak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya.
“Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Tambah usahawan bisnes minuman Bubble Bee itu, siapapun gerangan individu yang menjadi jodohnya nanti haruslah dipersetujui oleh ahli keluarga dan anak-anaknya.

“Kalau boleh soal jodoh ini saya tak mahu bercerita sangat sebab terlalu sensitif. Lagipun jodoh ini rahsia Allah. Saya boleh merancang dengan siapa yang saya nak berkawan tapi tak tahu adakah dia jodoh terbaik saya. 
“Cuma andai satu hari saya terbuka hati untuk berkahwin, wanita ini perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anak saya terlebih dahulu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Semalam, media melaporkan Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman tidak menolak jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan bapa tunggal kepada empat orang anak itu selain memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

Sumber: Harian Metro (Najiy Jefri) ,OMM, Instagram Shuib & Vida

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber :  https://liveconnection24.com/