Kurang sihat kerana terlalu sibuk, Elisya Sandha berehat sebulan… Ada perancangan timang cahaya mata

MEMILIH untuk berehat selama sebulan, pelakon Elisya Sandha berkata dia mahu fokus kepada hal rumah tangga selain mengakui keadaan kesihatan kurang baik sejak kebelakangan ini.

Kata Elisya atau nama sebenar Nur Elisya Hassan, 21, dia berehat bukan kerana sudah berbadan dua, sebaliknya mengumpul tenaga sebagai persediaan sebelum melangkah ke tahun baharu.

“Sekarang ini saya masih berehat kerana kurang sihat, jadi saya mengambil tempoh berehat selama satu bulan untuk fokus dengan keluarga saya dan juga keluarga baharu saya.

“Tapi bukanlah disebabkan itu (berbadan dua), saya rasa seperti saya penat kerana terlalu banyak bekerja, jadi saya cepat letih. Keluarga juga mengatakan biar saya berehat di rumah sahaja.

elisya 2

Pasangan ini baru selesai mengadakan majlis resepsi di pihak perempuan pada 19 Disember lalu.

“Perancangan (anak) itu ada…doakan yang baik-baik untuk kami,” katanya kepada mStar.

Elisya ditemui semasa sidang media drama bersiri Oh My Hantaran yang diadakan secara maya pada Selasa.

Elisya berkahwin dengan pengurus produksi yang juga merupakan anak penerbit terkenal Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy, 25, di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak pada 21 Ogos lalu.

Walaupun dah empat tahun saya dalam industri lakonan tapi saya rasa banyak lagi benda saya kena belajar!

ELISYA SANDHA

PELAKON

Pasangan ini baru sahaja mengadakan majlis resepsi sebelah perempuan di Perlis pada 19 Disember lalu.

“Alhamdulillah majlis resepsi di Perlis akhirnya berjaya dilaksanakan. Semuanya berjalan dengan lancar, keluarga sebelah suami dapat bersua muka dengan keluarga saya di sana.

“Biarpun begitu, majlis berkenaan berlangsung serba ringkas dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Itulah kelainannya kerana berkahwin mengikut norma baharu. Alhamdulillah semua orang faham,” ujarnya.

elisya 3

Elisya mahu fokus kepada kedua-dua keluarga.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Fasha Sandha ini memaklumkan bakal sibuk pada tahun depan dengan penggambaran drama, malah dia juga merancang untuk menyambung pengajian dalam bidang seni.

“Perancangan 2022 akan ada banyak lagi drama. Walaupun dah empat tahun saya dalam industri lakonan tapi saya rasa banyak lagi benda saya kena belajar.

“Saya teringin nak bawa watak antagonis, memang tak pernah dapat watak begitu. InsyaAllah tahun depan saya akan ambil peluang itu.

“Selain itu, kalau ada rezeki saya nak ambil short course dalam performing art,” ujarnya.

Bercakap mengenai Oh My Hantaran, drama 20 episod arahan Shuhaimi Lua itu bakal bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis di slot Diandra saluran TV9 pukul 8.30 malam.

Oh My Hantaran mengisahkan Mira (Elisya) iaitu gadis idaman kampung yang bercinta dengan Mail (Noki K-Clique) seorang pemuda kampung yang sangat menghormati orang tua, namun hubungan itu tidak direstui dan bapa Mira meletakkan wang hantaran tinggi buat Mail.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber:  mstar