Walaupun Banyak Kali Munt4h Dalam Kereta. Wanita Kedah Terharu Kampung Di Afrika Dapat Telaga Air.

Sebelum ni terpaksa beli air…sekarang boleh dapat di telaga & pam air sumbangan rakyat Malaysia.

Menerusi Instagramnya, Fila Amir berkongsi bahawa penduduk beberapa kampung di kawasan padalaman terpaksa membeli air demi urusan harian masing-masing. Justeru, dia bersama suami meluahkan rasa terharu susulan telaga dan pam air telah siap dibina di sana berkat sumbangan wakaf rakyat Malaysia.

Muntah tak henti, sampai separuh plastik hitam…tapi bila tengok pak cik mak cik happy dapat telaga memang tak menyesal

Dalam pada itu, wanita berumur 26 tahun berkenaan akui dirinya tidak boleh makan banyak sebelum merantau jauh untuk masuk ke bahagian pedalaman selain jalannya juga tidak rata. Namun setibanya di sana, dia tidak sampai hati menolak makanan yang disediakan. Gara-gara itu dia akhirnya muntah sepanjang perjalanan balik, namun langsung tidak menyesal apabila melihat wajah gembira penduduk tempatan selepas menerima sumbangan tersebut.

Sedih & terharu tengok mereka syukur dapat nikmat air…semoga pengorbanan terbalas dengan pahala.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh apabila melihat penduduk di sana teruja dapat air percuma. Selain berharap Fila kembali sembuh daripada mual, mereka turut memuji jasa pasangan suami isteri berkenaan menyampaikan amanah dari Malaysia bagi membantu masyarakat di sana.

Sumber: IG filaamir

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : http://apampink.net

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*