“Level Terus Turvn Mend4dak” Ampvnkan Dos4 Saya.. – Aishah

KUALA LUMPUR: Kekuatan ment4l penyanyi Aishah yang disahkan p0sitif COV!D-19, Ahad lalu, terganggu apabila paras oksigen turun mend4dak, pagi tadi dan melihat seorang pesakit di hadapan katil, dibawa ke unit rawatan rapi (ICU) untuk ditidurkan.

Meluahkan kebimbangan menerusi entri Instagram (IG), Aishah atau nama penuh, Wan Aishah Wan Ariffin, 56, yang dirawat di Hospital Ampang, Selangor, berharap dirinya tidak menerima nasib seperti itu.

“Ya Allah, ment4l tak kuat hari ini apabila pesakit di hadapan saya dibawa naik untuk ditidurkan.

“Pagi tadi paras oksigen saya pada kadar 98 peratus dan mereka (kakitangan hospital) cuba hendak buka.

“Apabila pergi ke tandas dan balik semula ke katil, paras oksigen turun mendadak 88 peratus. Selepas guna semula alat bantuan pernafasan, barulah paras oksigen meningkat 95 peratus.

Aishah mengaku fikiran terganggu apabila paras bacaan oksigen turun mend4dak selepas membuka tiub pernafasan untuk ke bilik air dan melihat pesakit di hadapannya dibawa ke ICU untuk ditidurkan. Foto IG Aishah

Aishah mengaku fikiran terganggu apabila paras bacaan oksigen turun mendadak selepas membuka tiub pernafasan untuk ke bilik air dan melihat pesakit di hadapannya dibawa ke ICU untuk ditidurkan. Foto IG Aishah

“Teman-teman, tolong doakan saya supaya tidak menjalani prosedur seperti itu (intubasi),” luahnya.

Melalui perkongsian itu, penyanyi yang popular dengan lagu Kemaafan Dendam Yang Terindah ini mengaku tidak bersedia berdepan situasi membabitkan antara hidup dengan mati seperti itu.

“Saya takut… Saya masih ada banyak tanggungjawab kepada keluarga, anak-anak dan hal lain yang masih belum diselesaikan.

“Sangat mengharapkan doa kawan-kawan supaya saya tidak melalui prosedur itu.

“Ampunkan dosa-dosa saya sekiranya pernah terkasar bahasa dan sebagainya,” pinta Aishah.

Luahan penyanyi bervokal mantap itu mengundang rasa sayu dalam kalangan pengikut dan peminat termasuk rakan selebriti seperti Datuk Nora Ariffin, Sharifah Shahirah, Nourul Depp, Zur Eda dan Ahmad Fedtri Yahya.

Rata-rata mereka memberi kata-kata semangat dan mendoakan semoga Aishah terus diberi kekuatan berdepan ujian itu dan segera sembuh.

Aishah disahkan p0sitif C0v!D.19 Ahad lalu selepas melakukan prosedur Kit Ujian Pantas (RTK) di sebuah pusat perubatan swasta berikutan menunjukkan gejala demam panas dan semput.

Aishah kemudian dikejarkan ke Hospital Ampang menggunakan ambulans disebabkan paras oksigen yang tidak stabil selain status sebagai penghidap asm4.

Kelmarin, penyanyi bervokal mantap itu menunjukkan perkembangan p0sitif selepas diberi bantuan oksigen dan antibiotik.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*