“Tetap Kena Kec4m Walau Dah Bertudung, Ada Lagi Yang Buka A1b Lama” -Gadis 3.8 Juta Followers Ini Luah Perasaan

MEMILIKI jumlah pengikut seramai 3.8 juta di aplikasi TikTok turut membawa c4baran tersendiri buat gadis ini.

Menurut Puteri Wannur Syawalyea Raja Sari Ramli, 20, dia bagaikan sudah lali menerima kec4man setiap kali berkongsi video baharu di platform itu.

Paling kecew4 katanya, ada individu yang cuba mengungkit kisah lama sewaktu zaman dia masih belum memakai tudung.

“Saya pernah rasa nak berhenti buat TikTok. Saya perlahan-lahan baru pakai tudung sejak tahun lepas, tapi ada pula yang nak buka 4ib. Orang ungk1t benda lama, dulu saya free hair.

“Kec4man saya tak kisah sangat, tapi bila mereka cakap mengenai perubahan saya, ia membuatkan saya down. Kecil hati sejujurnya. Memang terasa kadang-kadang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Tapi saya tak balas balik kalau ada orang m4ki, nanti saya sama je dengan mereka. Biasanya saya akan padam komen-komen sebegitu. Paling tervk ada yang minta report akaun TikTok saya,” ujarnya yang mesra disapa Puteri.

Di sebalik kec4man, dia yang turut memunyai lebih 370,000 pengikut di Instagram turut terharu dengan komen netizen yang tak putus-putus memberi sokongan.

Puteri akui sering dikec4m di media sosial.

Selain kata-kata semangat, ramai netizen yang turut memuji rupa paras Puteri yang mana dia sering disamakan dengan anak patung.

“Saya dah perasan lama komen-komen (pujian) itu. Memang selalu baca komen yang kata macam patung. Ada juga yang macam nak perli saya. Mereka kata cantik sebab mekap.

Saya bersyukur sangat. Doakan saya road to four millions followers pula.

PUTERI

“Tapi saya memang terharu dengan komen p0sitif. Ada yang dah lama kenal saya, mereka juga sering bagi kata-kata semangat.

“Mereka nasihatkan agar saya tak mudah berputus asa. Banyak juga yang berikan sokongan,” ujar anak keenam daripada sembilan beradik yang menetap di Kuantan, Pahang itu.

Kata Puteri lagi, dia enggan terlalu lama bersedih, sebaliknya menjadikan semua kecam4n sebagai pembakar semangat dalam misi menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

Malah, dia yang baru memulakan bisnes jenama sendiri sejak empat bulan lalu mengakui kecam4n yang diterima turut membuka pintu rezeki buat dirinya.

puteri3

Puteri memiliki 3.8 juta pengikut TikTok.

“Saya sebelum ini pernah berniaga bengkung. Kemudian saya keluarkan produk sendiri iaitu lip matte dan lip tint.

“Tapi kadang-kadang tak terjaga bisnes sendiri sebab sibuk buat reviu produk orang lain. Kadang-kadang rasa menyesal join bisnes, tapi bonda saya pesan agar jangan mengalah.

“Kecaman orang turut memberi rezeki buat saya. Alhamdulillah. Di sebalik kecaman, bisnes makin naik. Impian saya nak jadi orang dikenali dan dapat salur bantuan kepada orang yang susah,” ujarnya yang menjadikan Datuk Seri Vida (DSV) sebagai inspirasi.

Tambah Puteri lagi, dia mahu menjadi insan berjaya biarpun hanya bersekolah sehingga tingkatan empat sahaja.

puteri4

Puteri mahu menjadi usahawan berjaya suatu hari nanti.

“Saya tak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya habis sekolah tingkatan empat. Saya berhenti kerana ada masalah sikit,” ujarnya ringkas.

Selain mahu menaikkan bisnes, Puteri juga komited dalam misi untuk menambah pengikutnya di TikTok sehingga mencecah 4 juta.

“Saya bersyukur sangat. Doakan saya road to four millions followers pula.

“Bukan sekadar Malaysia, video saya turut viral di luar negara, terutamanya Indonesia,” ujarnya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*