Zul Ariffin menangis kngsi ment4l ‘koy4k’, ded4h sesuatu yg ramai tak tahu

PETALING JAYA – Pandemik sememangnya memberi impak besar dan pelakon Zul Ariffin antara selebriti tanah air yang tidak terlepas daripada melalui fasa kemurvngan sehingga menyebabkan em0si dan fikirannya terganggu.

Perkara tersebut dikongsi pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu menerusi satu siaran langsung Instagram malam tadi.

Menerusi video tersebut, Zul turut menit1skan air mata ketika bercerita tentang kehidupan serta perasaannya kepada pengikut Instagramnya.

“Saya tahu ini sukar tetapi perlu teruskan juga hidup ini, Insya-Allah. Pada akhirnya, destinasi kita semua satu sahaja (akhirat).

“Kita perlu lakukan yang terbaik ketika ini dan perbaiki semua perkara yang tidak bagus setiap hari,” kata pemilik nama lengkap Zulkifli Ariffin, 34, itu.

Tambahnya, dia juga menit1pkan nasihat kepada pengikut Instagramnya agar jangan pernah berhenti berdoa memohon pertolongan daripada yang Maha Esa.

“Semoga Allah permudahkan urusan kita semua pada dunia dan akhirat. Kuatkan iman dan kesabaran kita.

“Jangan cakap kita hanya mampu berdoa. Sebenarnya doa ialah antara salah satu cara yang paling terbaik. Kuasa doa itu sangat hebat,” ujarnya.

Berkongsi lanjut, Zul memberitahu dia juga berusaha untuk tidak berkongsi terlalu banyak masalah dalam media sosial.

“Saya latih diri untuk tidak berkongsi terlalu banyak perkara terutama masalah peribadi dalam media sosial.

“Ini kerana saya bukan jenis yang suka men4gih perhatian disebabkan hal-hal sebegitu. Kadang-kadang dedahkan banyak perkara ada juga keburvkan dan kebaikan.

“Kalau boleh tak mahu buat orang cipta topik untuk orang bercakap tentang diri kita. Saya tak mahu menjadi pembekal cerita-cerita sebegitu kepada umum,” katanya lagi.

Tidak melupakan sokongan peminatnya, Zul menitipkan kata-kata penghargaan kepada semua individu yang sentiasa berada di belakangnya sepanjang 13 tahun bergelar anak seni.

“Alhamdulillah peminat tidak pernah berhenti menyokong saya sejak hari pertama, terima kasih,” tuturnya dalam nada seb4k.

Sementara itu, dalam Twitter, beberapa peminatnya turut mendoakan agar aktor kegemaran ramai itu terus kuat dalam menghadapi sebarang dug4an hidup.

Selain daripada doa, seorang peminat wanitanya turut berkongsi pengisian InstaLive Zul malam tadi mengenai hasrat Zul sekiranya mendirikan rumah tangga satu hari nanti.

“Kalau saya berkahwin, perkara yang ingin dilakukan ialah solat bersama dan memegang tangan isteri. Itu yang hendak dilakukan sebelum saya m4ti,” ciapnya ringkas.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*