Terkini Ismail Sabri Akhirnya Jawab Adakah Boleh Rentas Daerah Dan Negeri Selepas Umum PKPD Tak Sambung

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju menamatkan P.erintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor berkuat.kuasa hari ini.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju tidak melanjutkan PKPD di kesemua mukim terbabit.

Terdahulu pada 3 Julai lalu, PKPD mula dilaksanakan di beberapa mukim di Selangor dan lokaliti tertentu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur selama 14 hari sehingga 16 Julai.

Penamatan PKPD juga memb.abitkan beberapa lokaliti lain termasuk di Kilang Jimat Jaya Sdn Bhd, Kawasan Industri Ringan Bukit Makmur dan Asrama Pekerja di Kuala Muda, Kedah, berkuatkuasa esok.

PKPD di beberapa kawasan di Sabah termasuk di Kampung Pantai Emas, Kota Belud dan Kampung Iban Kuala Nansang di Tawau dan Kampung Babagon di Penampang turut ditamatkan esok.

Di Pulau Pinang, penamatan PKPD esok membabitkan Taman Nagasari dan Mukim 6, Seberang Perai Tengah. Di Negeri Sembilan, penamatan PKPD di Taman Desaria akan dilaksana pada Ahad.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menasihatkan masyarakat agar bersabar dan menunggu sehingga negara sudah mencapai imuniti kelompok untuk diberi kebenaran merentas daerah dan negeri di Fasa 3 dan Fasa 4.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar jangan sesekali melakukan aktviti rentas daerah atau negeri semasa sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, seluruh negara ketika ini sama ada yang di bawah kategori Fasa 1 atau Fasa 2, masih belum boleh berbuat demikian.

Malah Ismail Sabri turut menggesa masyarakat mengambil iktibar beberapa k.es lonjakan ja.ngkitan C0VID 19 yang berlaku setelah melakukan rentas daerah dan negeri semasa sambutan Aidilfitri lalu.

Beliau berkata, semua negeri kini berada dalam fasa satu dan fasa dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Saya nak beritahu yang rentas daerah, rentas negeri, di mana-mana fasa pun belum dibenarkan. Fasa satu memang tak boleh. Fasa dua pun masih tidak boleh.

“Insya-Allah kalau v.aksin telah dapat kita berikan kepada rakyat, bila komuniti berkelompok sudah diperoleh (melalui) Fasa 3 atau Fasa 4, rentas daerah dan rentas negeri akan dibenarkan.

“Jadi tunggulah fasa yang akan datang, Fasa 3 boleh rentas daerah dan Fasa 4 boleh rentas negeri, jadi sabarlah sedikit,” jelas beliau  lagi.

Kredit : Kosmo/Astro

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber : https://kisahbena.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*