Terbaru, pelawak Ali Puteh berkongsi mengenai kondisi terbaru cahaya mata keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah di akaun Instagram miliknya.
Menurutnya, anaknya telah mengalami k0mplikasi pada paru-paru dan sedang bergantung pada bantuan mesin.
Pada masa yang sama, Ali turut memaklumkan bahawa pembedahan selama 12 jam telah pun dilakukan berikutan masalah injap jantung terbalik.
“Salam semua..ni gambar pagi td sebelom adik ainul operation..kali pertama kami dpt bergambar satu family…”
“Kepada yg bertanyakan anak sy ainul mardhiah…jam 8pagi td msuk operation dan selesai jam 8malam td…12 jam menunggu..dengan rasa berat hati..anak sy mengalami k0mplikasi pada paru2 die..dan sekarang hanya bergantung pada bantuan pernafasan…”
“Doctor dah cuba sedaya upaya..semuanya bergantung pada bantuan pernafasan…harapa ada sinar buat anak walid dan ibu..harap ade keajaiban dari allah yg maha esa..doakan adik ainul kuat…”, tulisnya di entri tersebut.
Perkongsian Ali Puteh telah mendapat reaksi dari peminat dan sahabat. Mereka mendoakan kesembuhan anaknya dan turut memberi sokongan pada Ali Puteh dan isteri.
Sama-sama kita doakan kesembuhan untuk adik Sharifah Nur Ainul Mardhiah dan semoga Ali Puteh serta isteri sentiasa tanah menghadapi dugaan ini!
Sumber: Instagram Ali Puteh
Leave a Reply