Amar kongsi foto pegang perut Amyra, peminat ‘speku’ Amyra hamil lagi!

Beberpa hari lalu, pasangan serasi Amar Bahrin dan Amyra Rosli baru saja menyambut sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3.

Mereka turut berkongsi beberapa foto meraikan ulang tahun mereka dan saling berbalas kata-kata yang romantis.

 

Terbaru, Amar Bahrin ada memuatnaik sekeping foto bersama isterinya itu. Menerusi foto tersebut, Amar dilihat sedang memegang perut Amyra dan mendoakan kebahagiaan rumah tangganya.

“Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka..”, tulisnya ringkas.

 

Lantas, perkongsian foto tersebut mendapat perhatian peminat dan ramai yang menjangkakan Amyra sedang hamil untuk kali ke-2.

Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 11 November 2016 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi Amar pada 15 Oktober 2017.

Sumber: Instagram Amar Bahrin, Carian Google

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*