Penampilan pelakon, Anzalna Nasir yang sarat hamil hadir ke majlis Pelancaran Koleksi Hari Raya ‘Rantaian Kasih’ Habib Jewels di sebuah pusat beli-belah di ibu negara, semalam mencvri perhatian ramai.
Tampil manis dan anggun mengenakan persalinan kurung moden berwarna hijau dan beberapa aksesori barangan kemas sebagai pelengkap gaya dan seri ibu mengandung, Anzalna seolah-olah berjaya memvkau setiap mata yang memandangnya.
Sarat hamil anak kedua, usia kandungan finalis Dewi Remaja 2010 sezaman Neelofa ini sudah pun memasuki bulan kelapan.
Menerusi laman Instagram, pelakon berusia 34 tahun itu memuat naik satu video memaparkan dia sedang berposing di depan kamera setelah dilantik menjadi duta rasmi bagi tahun ini.
View this post on Instagram
Buktinya jika dilihat menerusi ruangan komen, rakan artis dan pengikut memuji kencantikan pelakon drama Dendam Aurora itu walaupun sarat memiliki ‘baby bump’ dengan kandungan berusia lapan bulan.
Terdahulu, Anzalna memaklumkan berita kini berbadan dua menerusi satu hantaran yang dikongsikan di Instgaram.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan suaminya, Hanif Zaki pada 2016 lalu dan pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Eidrees pada 31 Mei 2019.
Komen :
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral
Sumber: Instagram Anzalna Nasir
Leave a Reply