“Ingatkan nak jatuh dah..” -Pesawat MH2664 patah balik ke KLIA, punca sebenar telah dikenal pasti – Lubuk Viral

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Pesawat MH2664 ke Tawau pada Isnin terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disebabkan masalah teknikal.

Perkara tersebut disahkan Malaysia Airlines menerusi ciapan Twitter rasminya pada hari ini, Selasa.

“Penerbangan Malaysia Airlines MH2664 dari Kuala Lumpur ke Tawau pada 3 April lalu melakukan penerbangan pusing balik disebabkan masalah teknikal pada pesawat tersebut, ditambah dengan cuaca buruk semasa dalam perjalanan.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Kuala Lumpur demi keselamatan penumpang.

“Keselamatan anak kapal dan penumpang kami tetap menjadi keutamaan Malaysia Airlines,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Selasa.

Ujarnya, pesawat berkenaan selamat mendarat di KLIA pukul 5.03 petang Isnin.

Terdahulu, seorang penumpang pesawat itu mend4kwa, pesawat dinaikinya itu tiba-tiba menjun4m dari ketinggian 31,000 kaki ke 24,000 kaki dalam tempoh beberapa saat.

Penumpang itu turut mend4kwa terlambung dari tempat duduknya akibat insiden itu menyebabkan keadaan dalam pesawat p4nik termasuk ada yang menjerit-jerit.

Menurut kata seorang penumpang dalam kapal terbang tersebut. Sebelum kejadian, penumpang sudah dibenarkan tanggalkan tali pinggang. Oleh itu beliau terlambung dari tempat duduk kerana kejadian ini !

10 minit kemudian, penerbangan diteruskan dengan keadaan tidak stabil ! Lepas berjaya naik balik, kapal terbang jatuh terjunam lagi sekali ! Tapi tidak seteruk kejadian kali pertama ! Penumpang yang ketakutan mula menjerit dan menangis kerana ingatkan ajal maut mereka dah sampai.

Masa inilah kapal terbang berpusing ke Melaka dan patah balik ke KLIA ! Mujur semua orang dalam pesawat diturunkan dengan keadaan selamat pada akhirnya ! Dalam bulan Ramadhan ini, mudah mudahan kita semua dilindungiNya daripada sebarang kecelakaan.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber : trendingsgt