‘Tiada Pengawal Peribadi Dan Tiada Lagi Gaji’ – Annuar Musa Luah Kata-Kata, Kini Daftar Jadi Sukarelawan

Tan Sri Annuar Musa memohon kepada semua di atas segala kesil4pan, kelemah4n dan kekurangannya selama berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Kata Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau amat faham dan sedar terhadap kekurangannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan kerana merupakan insan biasa yang sudah tentu tidak sunyi daripada kesilapan.

” Saya mendoakan kesejahteraan yang berkekalan buat semua warga Wilayah Persekutuan.

” Semoga semua warga Wilayah Persekutuan tanpa mengira kaum atau agama serta status kehidupan mesti terus dijaga dan dibela.

” Semoga kita dilindungi Allah, dikurnia ketahanan dan imuniti keIompok menghadapi tularan v1rvs C0V!D.I9 dan lainnya.

” Semoga kehidupan ekonomi, sosial dan keselamatan warga terus pulih,” kata beliau dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, beliau meminta semua pihak agar kekal tenang dan berlapang dada kerana semua keputusan secara adalah bersama.

” Yang penting, kita sentiasa menghormati dan mematuhi undang undang dan Perlembagaan negara. Asas pertimbangan paling utama adalah kesejahteraan rakyat.

” Kepada rakyat kita berkhidmat hingga ke garis penamat,” katanya.

Daftar jadi sukarelawan

Sementara itu, terbaru, Annuar Musa berkata dia akan menjadi sukarelawan Wilayah Prihatin (PriVo) yang merupakan salah satu inisiatif di bawah kementeriannya sebelum ini setelah hilang jawatan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut memaparkan gambar kad sukarelawan di Twitter dengan mengatakan segala nikmat yang diperolehnya selama ini hanyalah ‘pinjaman’.

” Ya, tidak ada lagi rider (pengiring polis), tidak ada pengawal peribadi lagi, tidak ada ‘gaji’ lagi, tidak ada. Tapi bagi saya itu semua ‘loan’. Apa yang akan datang? Berkhidmat kepada rakyat seperti biasa.

” Saya telah mendaftarkan diri sebagai sukarelawan Prihatin.

” Saya ingin terus membantu orang misk1n, geland4ngan dan mereka yang memerlukan. Esok saya mula Insyaallah, ”katanya.

Annuar adalah antara ahli parlimen Umno yang tidak sehaluan dengan presiden parti itu, Ahmad Zahid Hamidi apabila mengambil pendirian menyokong pentadbiran perdana menteri yang juga Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri hari ini selepas kehilangan sokongan majoriti di Dewan Rakyat apabila Zahid dan 14 ahli parlimen Umno yang lain menarik balik sokongan terhadapnya.

Perkembangan ini memaksa anggota kabinet lain turut melepaskan jawatan masing-masing termasuk Timbalan Presiden Bersatu Faizal Azumu yang dilantik sebagai penasihat khas perdana menteri berstatus menteri 11 hari lalu.

Disember lalu, Faizal meletakkan jawatan sebagai menteri besar Perak selepas undi percaya dikemukan terhadapnya di Dewan Undangan Negeri.

Terdahulu, Istana Negara memaklumkan Muhyiddin, yang mengambil alih kerajaan pada Februari tahun lalu, akan terus berkhidmat sebagai perdana menteri sementara sehingga penggantinya dilantik.

Pada masa ini, tidak ada ada mana-mana ahli parlimen mempunyai majoriti di Dewan Rakyat untuk dilantik sebagai perdana menteri.

Pada Januari lalu, Muhyiddin secara rasmi melancarkan Program 5MY sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021.

Program ini bertujuan membasmi kemiskinan bandar, selain meningkatkan sistem jaringan keselamatan sosial di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal di Wilayah Persekutuan.

5MY merangkumi lima inisiatif utama: pekerjaan melalui MYJob @ Wilayah; persekolahan (MYSchoolBus @ Wilayah); keperluan asas (MYGrocer @ Wilayah); makanan (MYFood @ Wilayah); dan juga perubatan (MYMedic @ Wilayah).

Muhyiddin berkata program itu selari prinsip “prihatin” kerajaan Perikatan Nasional dan sebagai mendukung inspirasi Wilayah Persekutuan iaitu Wilayah Prihatin.

Sumber:utusan dan maIaysiakini

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber:http://menujukebenaran.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*