“Ya, ada berita gembira” Lepas 2 hari letak jawatan, Muhyiddin bawa berita gembira esok pagi

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan Perdana Menteri bersama seluruh Kabinet semalam dijangka membawa ‘berita gembira’, pagi esok.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan bagaimanapun enggan menjelaskan lebih lanjut tentang ‘berita gembira’ yang disebutkan dan menyerahkan kepada Muhyiddin untuk berbuat demikian.

Pun begitu, perkhabaran itu dikaitkan dengan perkembangan terkini politik negara dan sokongan ahli Parlimen untuk melantik seorang Perdana Menteri baharu.

“Ya, ada berita gembira”. Tetapi tidak sesuai untuk saya sebut. Biarlah Tan Sri akan mengumumkannya. Jadi, mungkin pada esok pagi.

“Tidak pasti sama ada perkara ini akan diumumkan menerusi siaran televisyen atau kenyataan bertulis. Elok kita tunggu Tan Sri umum secara rasmi.

“Perikatan Nasional (PN) belum selesai lagi (berkenaan jumlah sokongan), UMNO sahaja baru selesai tadi,” katanya kepada malam ini.

Wan Saiful juga tidak menafikan berita tersebut berkait dengan pembentukan semula Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Apa yang pasti, kita semua sedang usahakan untuk kekalkan kerajaan PN,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada terdapat berita gembira untuk gabungan berkenaan ketika seluruh negara masih ternanti-nanti Perdana Menteri dan kerajaan baharu selepas peletakan jawatan Muhyiddin.

Sementara itu, Hizman Ahmad, Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Zuraida Kamaruddin mengucapkan kesyukuran tanpa penjelasan lebih lanjut.

“Alhamdulillah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sejam lalu.

Dalam perkembangan berlainan, terkini, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO difahamkan sebulat suara menyokong pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri.

Perkara itu dimaklumkan salah seorang ahli MKT ketika dihubungi Utusan Malaysia, bagaimanapun mesyuarat kini masih berlangsung antara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bersama Ahli Parimen Barisan Nasional (BN).

Ismail Sabri calon Perdana Menteri tunggal BN – Ahmad Maslan

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah calon tunggal Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Ahli Parlimen Pontian itu menerusi ciapan di laman Twitter sebentar tadi.

“Berpadu bersama Presiden #UMNO DS @DrZahidHamidi, Timbalan DSU @tokmatn9, Penasihat #BN DS @NajibRazak & Ahli2 MKT UMNO.

“Dihantar hanya satu nama sbg calon #PerdanaMenteri oleh #AhliParlimen UMNO/BN pada 17/8/21 iaitu DS @IsmailSabri60 MP #Bera. Moga Allah SWT memberkati usaha kami,” katanya.

Astro AWANI sebelum ini, melaporkan beberapa Ahli Parlimen BN, memberitahu parti itu akan mencalonkan Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri seterusnya.

Mereka berkata, Ahli Parlimen Bera itu merupakan calon yang bersih, tidak mempunyai kontr0versi, serta boleh diterima rakyat.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said ketika ditemui media berkata, Ismail Sabri merupakan calon yang layak untuk memegang jawatan tersebut.
“Secara teknikalnya, beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri, dan merupakan Naib Presiden UMNO. He should be next in line,” katanya selepas selesai menghadiri mesyuarat Ahli-ahli Parlimen BN di Menara Dato Onn di sini, malam ini.

Sumber memaklumkan kepada Astro AWANI, Ismail Sabri telah memperoleh sebanyak 41 akuan berkanun (SD) daripada Ahli-ahli Parlimen UMNO dan BN, dengan hanya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku

Razaleigh Hamzah yang tidak menandatangani SD tersebut.
Selain itu, Ismail Sabri dijangka akan memperoleh sokongan keseluruhan sebanyak 114 Ahli Parlimen, melebihi majoriti yang diperlukan dalam Dewan Rakyat.

Calon PM | Ahli Parlimen BN tentukan calon PM

Selain itu, Astro AWANI difahamkan, terdapat sebilangan Ahli-ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak yang turut menyokong Ismail Sabri untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya.

Pada Isnin, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri, serta semua Jemaah Menteri berkuat kuasa serta-merta.

Susulan peletakan jawatan itu itu, Baginda memberi perkenan agar Muhyiddin menjadi Perdana Menteri sementara sebelum Perdana Menteri Baharu dilantik.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah pentadbiran Muhyiddin tumbang selepas 15 ahli UMNO menarik sokongan terhadap Kerajaan PN.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sembrong Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau berharap keputusan yang dicapai malam ini dapat menghentikan segala kemelvt politik yang mel4nda, di saat negara dil4nda p4ndemik C0V!D.19 dan kris1s ekonomi yang berlarutan.

“Cukup-cukuplah berpolitik. Kita ada banyak kerja nak dilakukan,” katanya lagi.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukViral

Sumber: http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*