[VIDEO] Bercer4i Pada 1959, Pengantin Viral Akhirnya Disatukan Kembali Setelah 63 Tahun Berpis4h- Lubuk Viral

Kalau dah jodoh tak kemana! Itulah perumpamaan yang sesuai diungkap buat pasangan warga emas ini. Meskipun sebelum ini sudah berpisah lebih enam dekad, namun akhirnya mereka disatukan kembali pada 16 Oktober lalu.

Disatukan semula setelah 63 tahun berpisah

Menerusi video yang dimuat naik oleh Khai_nisa91 di TikTok, memaparkan momen majlis persandingan kedua mempelai yang mengenakan  baju songket biru.

Alhamdulillah, berkesempatan meraikan pasangan atok viral. Tahniah disatukan semula buat kali kedua selepas 63 tahun berpisah.

Difahamkan, pengantin lelaki dikenali sebagai Mahmood Mamat dan pengantin perempuan, Fatimah Mohd Nor dikatakan pernah berkahwin pada 1958, namun berpisah setahun kemudiannya.

Ujar cucu pengantin viral ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata dan berpisah pada tahun 1959 kerana lelaki berusia 84 tahun itu berhijrah ke Pahang manakala isterinya berada di Kelantan.

Tok Ayah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan Tok Mek setelah 63 tahun tidak bertemu.

Tok Mek bersetuju dan pihak keluarga juga tidak membantah malah menyokong keputusan itu.

Video berdurasi 20 saat meraih lebih 1.3 juta tontonan dan mendapat lebih 63 ribu tanda suka di TikTok.

Pengantin atok viral

@khai_nisa91

Pengantin atok viral #pypシ

♬ Selamat Pengantin Baru – Anita Sarawak

Komen :

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: OhBulan