“Ni Ke Buah Hati Da’i Syed?” Kenali Siapa Sebenarnya Hana Ismail Pengacara TV Alhijrah Yang Namanya Menjadi Bualan Ramai- Lubuk Viral

Masihkah anda ingat dengan rancangan PM Live! terbitan Astro yang dikendalikan oleh Radin serta Hana Ismail? Yang pasti kepetahan dan aura Hana Ismail mengacarakan program tersebut menjadi titik tolak kepada perjalanan karier Hana Ismail sebagai salah seorang pengacara yang dilihat semakin bersinar.

Dikurniakan dengan personaliti menarik, handal dan bijak berkata-kata menjadikan Hana Ismail seorang personaliti TV yang kian mendapat tempat di hati penerbit rancangan serta stesen-stesen TV sedia ada. Meninjau semula di awal kemunculan Hana, bakatnya sebagai seorang pengacara mula diasah menerusi program On Air kendalian Astro Malaysia pada tahun 2012.

Selain bakat dianugerahkan, Hana yang kini berusia 36 tahun juga seorang wanita yang berpendidikan. Dia yang berkelulusan jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TSEL) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan pengacara seangkatan dengan Dahlia Shazwan dan Hefny Saad.

Sebelum ini, Hana yang lahir dan dibesarkan di Johor Bharu ini pernah mengendalikan beberapa program di bawah Astro seperti Buletin Awani, Raikan Cinta dan PM Live! Astro sebelum Hana disunting oleh saluran TV Alhijrah.  Di stesen baharu ini, Hana banyak muncul mengacarakan program-program islamik dan ilmiah seperti Assalamualaikum TV Alhijrah yang keudara dari jam 7.00 pagi pada setiap hari serta program Kemanisan Iman Bersama Al Quran pada setiap hari Rabu jam 8.30 malam. Hana juga hebat dan berkemahiran dalam menerbitkan rancangan.

Kami mendoakan semoga Hana Ismail terus maju jaya dengan kariernya dan diharapkan menjadi pelapis dalam bidang pengacaraan serta inspirasi buat semua wanita di luar sana.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site/