Nama Sebenar 10 Artis Ini Tidak Sama Langsung Dengan Nama ‘Pentas’ Mereka “Lari Jauh Sangat Tu”- Lubuk Viral

Menggunakan nama samaran yang sama sekali berbeza dengan nama sebenar kita adalah satu perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian. Begitu jugalah yang berlaku pada beberapa selebriti ini, mereka lebih selesa menggunakan nama pentas yang tidak sama langsung dengan nama sebenar. Siapakah mereka yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Via Vallen

via Ig

Mesti ramai yang mengenali dengan penyanyi dangdut ini yang telah menyampaikan lagu tema untuk Sukan Asia 2018 yang berjudul ‘Meraih Bintang‘. Nama sebenar Via Vallen adalah Maulidia Oktavia. Via Vallen terinspirasi dari salah satu kumpulan rock Amerika iaitu Evanessence yang berjudul ‘Fallen‘.

2. Once

via ig

Once juga menggunakan nama pentas yang jauh berbeza dari nama sebenarnya. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa nama sebenar vokalis dewa 19 ini adalah Elfonda Mekel.

3. Aura Kasih

via Ig

Penyanyi lagu ‘Mari Bercinta‘ yang dikenali dengan nama Aura Kasih. Nama sebenar penyanyi kelahiran Bandung ini yang dilahirkan pada 27 Februari 1987 adalah Shahiyani Febri Wiraatmadja.

4. Tukul Arwana

via Ig

Pelawak yang terkenal sebagai kapten asrama ini juga menggunakan nama pentas yang langsung tidak sama dengan nama sebenarnya iaitu Riyanto.

5. Yuni Shara

via Ig

Kakak kandung kepada diva Krisdayanti ini adalah penyanyi kelahiran Malang yang dilahirkan pada 3 Jun 1972. Nama sebenar Yuni Shara adalah Wahyu Setiyaning Budi.

6. Syahrini

via ig

Penyanyi cantik ini adalah Alumni Universiti Pakuan, Bagor dalam jurusan undang-undang. Impian Syahrini untuk menjadi seorang penyanyi akhirnya menjadi kenyataan dan dia kini sangat dikenali ramai. Nama sebenar Syahrini adalah Rini Fatimah Jaelani.

7. Cak Lontong

via Ig

Pelawak yang satu ini juga menggunakan nama pentas yang tidak sama langsung dengan nama sebenarnya iaitu Lies Hartono.

8. Dea Imut

via Ig

Dea Imut adalah bekas artis cilik yang berasal dari Palembang. Dea menggunakan nama pentas yang jauh berbeza dengan nama sebenarnya, Claudia Anissa.

9. Zaskia Gotik

via Ig

Nama sebenar Zaskia Gotik adalah Surkianih. Penyanyi dangdut yang mula menaruh minat dan bakat dalam bidang nyanyian semenjak usianya 5 tahun lagi. Wanita ini dilahirkan pada 27 April 1990 dan nama pentasnya juga dikenali sebagai Zaskia Shinta. Namun selepas Zaskia mula terkenal dengan goyangan itiknya setiap kali dia membuat persembahan, dia semakin dikenali dengan nama Zaskia Gotik.

10. Komeng

via Ig

Pelawak yang mula dikenali setelah menjadi hos dalam program Spontan, Komeng yang juga menggunakan nama pentas yang langsung tidak sama dengan nama sebenarnya, Alfiansyah Bustami. Lain betul.

Itulah antara beberapa selebriti yang berasal dari Indonesia ini yang sememangnya nama sebenar mereka jauh berbeza dari nama pentas yang digunakan. Apa pendapat anda? Mesti ramai juga dikalangan kita yang menggunakan nama samaran yang juga tidak sama langsung dengan nama sebenar anda bukan?

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: https://bartasangbad.site