Hampir jadi mngsa, jeritan sekuat hati selamatkan Vivy Yuso- Lubuk Viral

USAHAWAN Datin Vivy Yusof berkongsi pengalaman hampir manjadi m4ngsa penyeluk saku ketika dia sedang bercuti di kota London baru-baru ini.

Menurut Vivy kejadian tersebut berlaku apabila seorang wanita tidak dikenali tiba-tiba datang menghampiri dan menyeluk ke dalam tas tangan miliknya.

“Saya hampir menjadi mngsa penyeluk saku di Oxford Street ketika sedang mendukung Idris dan tangan satu lagi memegang Sarah.

Vivy kongsi detik cemas hampir jadi m4ngsa penyeluk saku.

“Wanita itu memasukkan tangannya ke dalam beg saya dan sudah ada rakan lain menunggu untuk mengambil barang yang dicvri,” katanya.

Vivy berkongsi kisah tersebut menerusi satu hantaran di media sosialnya.

Bagaimanapun cubaan wanita berkenaan tidak berjaya kerana barang-barang berharga ditutup dengan lampin anaknya yang terletak di bahagian atas beg tersebut.

“Syukur lampin Idris berada di bahagian atas. Saya menjerit dengan kuat ke arah wanita itu dan rakannya,” ceritanya.

Dalam hantaran sama, Vivy juga menceritakan bagaimana dia berhadapan dengan ragam tiga orang anaknya ketika mereka berada di sana.

Vivy syukur semua barang dapat diselamatkan.

“Mariam dan Sarah sering bergaduh manakala Daniel pula menangis nak balik Malaysia sewaktu makan tengah hari disebabkan apartmen kami tidak menyediakan Wi-Fi.

“Ada ketika dimana Idris dan Sarah tidur pada waktu yang sama dan kami harus bergilir menggendongnya kerana kami cuma ada satu kereta sorong,” ujarnya.

kredit:mstar

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://limauasamboi.pw/