Baru Jer Buat Live Ded4hkan Perkara Sebenar, Sekali Tak Sangka Baca Perkongsian Terbaru Abg Viva – Lubuk Viral

” Alhamdullillah segala perselisihan faham telah diselesaikan..dan kami menjadi seperti dahulu kembali..terima kasih kepada semua yang telah mendoakan..

Demikian perkongsian terbaru Azwan Omar yang sebelum ini didakwa berkahwin tanpa restu ibu bapa serta keluarga sehingga hangat diperkatakan ramai.

Azwan yang lebih popular dengan gelaran Abang Viva tampil memuatnaik perkongsian terbaru memaklumkan hubungan dengan keluarga sudah kembali jernih.

” Saya wakil dari seluruh keluarga memohon maaf atas segala yang telah terjadi..dan saya berharap tiada lagi kec4man atau isu yang akan dikeluarkan…

” Biarlah ape yang berlaku, dan apa yang kami bincangkan menjadi rahsia antara keluarga kami..terima kasih dan maaf sekali lagi kepada semua..

” Saya juga berharap tiada lagi persoalan atau pertanyaan tentang isu ini kepada ibu bapa saya..jika ada kebencian,pertanyaan atau apa-apa boleh terus kepada saya sahaja..” tulis Azwan.

Dalam pada itu, Azwan juga memaklumkan majlis pernikahannya akan diteruskan pada bulan Disember nanti sebagaimana yang telah dirancang.

” Biarlah saya seorang yang menanggung segala beban..bukan keluarga saya.. insha’allah majlis perkahwinan kami akan dibuat pada bulan 12 tahun ini..

” Maaf juga kepada customer saya..sebab tak dapat datang untuk basuh kereta korang..dan mungkin saya bercuti dalam 1@2 hari lagi sebelum saya teruskan kembali kerja cucian kereta bergerak saya..” akhiri Azwan.

Sebelum ini, mnerusi siaran langsung (live) di Facebook pada Jumaat malam, Azwan menjawab dakwaan tersebut dan dalam masa yang sama memohon semua pihak agar mendoakan yang terbaik buatnya dan keluarga.

Azwan juga meminta semua pihak memberikan dirinya ruang untuk menyelesaikan salah faham yang berbangkit secara tenang dan tertutup bersama keluarganya.

” Saya mohon semua pihak mendoakan yang baik-baik. Bagi saya dan keluarga ruang.

” Doakan kami dan kami akan bincang secara tertutup. Saya memang akan balik ke rumah ibu bapa, itu dah pasti… insyaAllah,” katanya dalam siaran langsung tersebut.

” Saya bukan bernikah tanpa pengetahuan ibu dan ayah seperti yang diceritakan. Saya bernikah memang dengan pengetahuan ibu dan ayah.

” Saya dah beritahu ayah tiga kali yang saya nak berkahwin, manakala dengan ibu pula saya dah lima kali cakap nak berkahwin. Cuma mereka tidak bersetuju sangat dengan calon yang saya pilih.

” Kali terakhir saya beritahu (nak kahwin) adalah pada 12 Oktober (dua hari sebelum bernikah).

” Selepas nikah, pada 15 Oktober saya ada WhatsApp, 16 Oktober pun saya mesej beritahu dah kahwin. Saya hantar gambar kahwin saya dekat mak berserta video akad nikah sebab saya baru dapat waktu tu,” katanya lagi.

Untuk rekod, Azwan yang juga aktif dalam misi bantuan banjir selamat bernikah dengan pilihan hatinya yang dikenali sebagai Evanoza Zakaria pada 14 Oktober lalu.

Tambah Azwan, dia dan isterinya sepakat untuk bernikah lebih awal dari tarikh asal yang sepatutnya dilangsungkan pada Disember, atas sebab-sebab tertentu antaranya mengelakkan f1tnah dan salah faham orang ramai.

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LV

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @Lubuk Viral

Sumber: http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/